Adadia
"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"
Thursday, December 29, 2005
Wednesday, December 28, 2005
Bukalah hati loe untuk gua!
"ku jatuh cinta kepadamu saat pertama bertemu, salahkah aku terlalu mencintai dirimu yang tak mungkin mencintai aku" (Dewa - Kasidah Cinta)
Plan dan mesin kira atas meja menjeling cemburu pada keyboard. Highlighter sudah ku simpan dalam beg itam, yg kerap ku sandang ke sana ke mari. Telah mengambil keputusan untuk menunggu fax dari jurukur bahan yang sudah beberapa kali berjanji untuk menghantar salinan terperinci kos bahan pada mesin fax Panasonic putihku. Masa semakin dekat, layout banner sudah siap, hanya meletak harga yang sesuai, dan semestinya harga yg terakhir. Apa lagi yang boleh buat? Kalau tiada kerja aku rasa hidup kosong. Banyak lagi yang aku harus fikirkan, kerana aku adalah Superworker. Tapi jika byk kerja, mindaku kerap penat. Rehatku kerap melampau. Tidurku harus dikejut pada waktu pagi (mekasihh).
"semua kata rindumu semakin membuatku tak berdaya, menahan rasa ingin jumpa, percayalah padaku aku pun rindu kamu .. " (Dewa - Kangen).
Dan percayalah, pada saat ini aku sedang menunggu langkahkahmu dari JHO's room. Kerna aku tidak ingin kehilangan dirimu walau sejam pun (seminit bolehku terima lagi). Kangen sama loee !
GUA TULUS DONG !
Monday, December 26, 2005
Radja - Tulus
Heard this song many times today..from Indonesian band, Radja.
Kekasih aku tak mengerti
Apa yang ada didalam hatimu
Kau diam kau tersenyum pada aku
Disaat aku salah
Jangan pernah dustai hati
Bila memang sudah tak cinta lagi
Percuma bila terus bersama
Pastikan terpisah
Tuluskan hatimu mencintai aku
Bila aku pernah menyakiti hatimu
Maafkan aku, lupakan aku
Bila itu maumu
Tuluskah hatimu mencintai aku
Bila aku pernah melakukan salah
Maafkan aku lupakanlah aku
Namun jangan tinggalkan cintaku..
Friday, December 23, 2005
Kasidah Cinta
Saat pertama bertemu
Salahkah … aku terlalu mencintai…
Dirimu … yang tak mungkin
Mencintai aku …
Oh… Tuhan tolong
Aku langsung jatuh cinta
Kepadamu …
Cinta pada pandangan pertama …
Cinta yang bisa merubah jalan
Hidupku jadi lebih … berarti
Oh … mungkin, hanya … keajaiban Tuhan
Yang bisa… jadikan…
Hambanya yang cantik
Menjadi… milikku …
Aku bukanlah … laki-laki …
Yang mudah jatuh hatinya
Thursday, December 22, 2005
Saturday, December 17, 2005
Hari ini
I dont have great idea today. Like I'm lacking with creativity and imagination. It happen so badly since last year. My banner doesnt finish yet. Web too, time is running out. I think i need to go out, take a carbon monoxide breath, and have a good eyes-haze. Yes, im superworkers. But still not generate more money yet. I want Vios (even the price higher than before), my own house keep flashing in mind. Compelete with IKEA furniture and have great view from bedroom patio. I think i dont need tv since we're (we are?) already have widescreen tv HEHE (mimpikah?).
* Antara ciri isteri yg baik, sentiasa bersama suaminya dalam apa jua keadaan. Dalam keadaan susah atau senang. Tiada mengeluh-ngeluh.
*Suami yang baik pula, sentiasa rilex mendengar pot pet pot pet isterinya. Harap maklum.
Tuesday, December 13, 2005
Maxine Nightingale - Lead Me On
you love me as a friend
but I love you more than anyone
you know I can't pretend no longer
i would give you anything
i'd throw my world away
but you don't wanna hear that anymore
and you wanna hear me say
come on and lead me on
come on and tease me all night long
lovin' you I know it's right
i'll always need you, I'll never leave you
come on and lead me on
tease me all night long
i'd rather be a fool with a broken heart
than someone who never had a part of you
you know I told you from the start
exactly how I feel
time goes on, seems nothing's changed
i'm in love for real
we have never played the games
that real lovers do
so maybe we are better off
but, baby, I'd still like this from you ..
i must sleep rite now.
but something keep appearing on my mind.
subjective.
can you describe your feeling at this moment?
me? concern about something.
concern too much.
what is that?
i dunno. my heart keeps saying "pls concern".
Monday, December 12, 2005
Puitiskah aku?
Lagu Epilog Cinta Dari Bromley nyanyian Sohaimi Meor Hassan berkumandang tengah malam buta ni. Koleksi lagu yang asalnya diselamatkan dari kaset terbakar. Dengan bantuan Fahmi, berjaya direkod menjadi format mp3. Ngantuk, tetapi pengaruh keyboard lebih kuat dari bantal busuk kepam yang tersandar di bilik tidur. Sedikit tergelak malam ni, bila seseorang berkata ayat aku menggelikan. Dan dia pergi meninggalkan aku kerana cintanya terhadap Narnia ..
"Sedari dulu..ku sayang padamu..tapi kau seakan tak sudi padaku"
Teringat dulu-dulu, masa kecikku di kampung aku suka membaca buku sekolah dan bahan bacaan makcikku. Almari nenekku habis ku selongkar. Arwah nenek tak pernah melarang, kerana dia sayangkan cucu. Arwah atuk juga melihat tanpa tegah cucunya yang lahir kurang bulan ini. Novel pertama yang aku jumpa bertajuk Suzanaku Sayang, karya Nina Kirana. Di mana novel itu sekarang? aku masih mencari. Mungkin sudah bergerak dari tangan ke tangan oleh manusia yang suka wat harta barang manusia lain. Lupakan mereka sebentar.. Membaca karya sastera menjadi teman makan tengahari sehinggalah sekarang. Kini lebih suka membaca karya Black & Brown Resources pada helaian Utusan Malaysia. Novel-novel sudah lama tidak dijengah. Hampir membeli senaskhah dua tiga bulan lepas, tetapi kepentingan dan kewarasan membeli membantutkan hasrat. Tunggulah..kadangkala hidup harus menunggu. Tapi, jgn tanya padaku sampai bila. Aku tak tahu.
(.... "Aku tak pernah menunggu orang"....)
Mungkin ke MPH Midvalley minggu depan untuk membaca buku. Membeli ? Hanya jika Salleh Ben Joned ada karya baru.
Perbualan telefon : "Angin kat sini kuat .. kalau payung murah boleh terangkat ke atas"
Kuat juga angin teluk mat salleh yang tidak pernah ku kenali itu. Kuat lagi rinduku terhadap dirimu.
JIWANGNYER AKUUUUU! aku pun naik loya haha!
Friday, December 09, 2005
Trip
Thank Jaja for grammar.
I miss you, Ami.
Wednesday, December 07, 2005
Dealova
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Kerana langkah malamku tanpa dirimu
Kerana hati telah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yang bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahawa aku selalu memuja mu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu
Oooo.. seperti udara yang kuhela
kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sedih.
Tuesday, December 06, 2005
Selamat Pengantin Baru Sis !
Adik perempuan telah selamat proses kawin (hehe) dan dihadiri hampir 2000 orang tetamu. Tidak terjangka dengan kehadiran sebegitu ramai. Maka pagi weekend tu kena order bahan makanan immediately ! Tapi gembira kerana segalanya telah selesai. Alhamdulillah ..
Sekarang ni mari kemas periukk dan kerusi meja ! Orang tua-tua kata, kalau tgk orang kawin, kita pun rasa cam nak kawin juga. Betulker? Leo ready ar hahehe.
* Song from album David Foster (Wedding) , Mozart - Canon In D.
Thursday, December 01, 2005
Erm
70 peratus wanita profesional tidak berkahwinKUALA LUMPUR 30 Nov. - Lebih 70 peratus daripada wanita profesional di negara ini memilih untuk tidak berkahwin berikutan dilema yang terpaksa dihadapi dalam membuat pilihan antara kerjaya dan keluarga. Golongan ini melibatkan mereka yang berumur antara 30 hingga 40-an dan fenomena ini dianggap serius kerana boleh menjejaskan institusi kekeluargaan. Pengarah Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya (UMCED), Prof. Dr. Abd. Rahim Abd. Rashid ketika mendedahkan statistik ini berkata: ``Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah wanita profesional kerana mereka mempunyai kedudukan kewangan yang teguh dan tidak perlu bergantung kepada kaum lelaki untuk masa depan yang cerah. ``Biarpun mereka gembira dengan kehidupan itu, namun kita harus ingat kegembiraan tidak akan kekal lama kerana fitrah manusia diciptakan berpasangan.'' katanya. Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kepakaran, berstatus tinggi dan bekerja sebagai pembuat keputusan. Beliau memberitahu Utusan Malaysia ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk: `Wanita Profesional Dalam Pengurusan' sempena Seminar Wanita Profesional di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaysia (UM), di sini, hari ini. Sehubungan itu, Abd. Rahim berkata, dalam menyelesaikan masalah ini, kerajaan perlu melihat bagaimana wanita profesional ini boleh dibantu tanpa menjejaskan status profesional mereka. Beliau menambah, kekurangan golongan lelaki yang setaraf dengan wanita profesional dan sikap kaum Adam yang menimbulkan banyak kerenah dikesan antara punca wanita enggan berkahwin. Selain itu, katanya, ada antara kaum lelaki yang cenderung memilih wanita yang mempunyai kedudukan lebih rendah berbanding mereka. Ini kerana, katanya, akan memudahkan kaum lelaki mengawal kaum Hawa itu. Sementara golongan lelaki profesional pula, kebiasaannya tidak suka memilih wanita profesional kerana mereka mempunyai persepsi yang tidak baik terhadap golongan berkenaan. Wanita profesional pula, tambahnya tidak mempunyai pilihan kerana jumlah kaum lelaki yang terlibat dalam bidang profesional adalah kurang dan tidak seimbang. Ketika ditanya sama ada beliau bimbang sekiranya perkara yang didedahkan itu akan menimbulkan kemarahan wanita profesional, Abd. Rahim berkata: ``Perkara ini adalah satu realiti kerana ia menentukan hala tuju wanita profesional di negara ini.'' Beliau turut menjelaskan bahawa wanita profesional pada masa ini terpaksa berhadapan dengan diskriminasi gender malah mereka yang berada di peringkat atas pengurusan hanya melibatkan jumlah lima peratus sahaja. Artikel asal boleh didapati di SINI. Apa yang boleh saya komen ttg artikel ini? Rasanya terlalu subjektif dan bersifat peribadi. Setiap orang ada pendirian tersendiri. But bagi lelaki yang rasa merendah diri, saya bersama anda. Saya juga mengalaminya pada tika ini. | |