Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Monday, December 12, 2005

Puitiskah aku?

" nun di sana, beribu batu ..kau ku tinggalkan.. bersama hatiku.. "

Lagu Epilog Cinta Dari Bromley nyanyian Sohaimi Meor Hassan berkumandang tengah malam buta ni. Koleksi lagu yang asalnya diselamatkan dari kaset terbakar. Dengan bantuan Fahmi, berjaya direkod menjadi format mp3. Ngantuk, tetapi pengaruh keyboard lebih kuat dari bantal busuk kepam yang tersandar di bilik tidur. Sedikit tergelak malam ni, bila seseorang berkata ayat aku menggelikan. Dan dia pergi meninggalkan aku kerana cintanya terhadap Narnia ..

"Sedari dulu..ku sayang padamu..tapi kau seakan tak sudi padaku"

Teringat dulu-dulu, masa kecikku di kampung aku suka membaca buku sekolah dan bahan bacaan makcikku. Almari nenekku habis ku selongkar. Arwah nenek tak pernah melarang, kerana dia sayangkan cucu. Arwah atuk juga melihat tanpa tegah cucunya yang lahir kurang bulan ini. Novel pertama yang aku jumpa bertajuk Suzanaku Sayang, karya Nina Kirana. Di mana novel itu sekarang? aku masih mencari. Mungkin sudah bergerak dari tangan ke tangan oleh manusia yang suka wat harta barang manusia lain. Lupakan mereka sebentar.. Membaca karya sastera menjadi teman makan tengahari sehinggalah sekarang. Kini lebih suka membaca karya Black & Brown Resources pada helaian Utusan Malaysia. Novel-novel sudah lama tidak dijengah. Hampir membeli senaskhah dua tiga bulan lepas, tetapi kepentingan dan kewarasan membeli membantutkan hasrat. Tunggulah..kadangkala hidup harus menunggu. Tapi, jgn tanya padaku sampai bila. Aku tak tahu.

(.... "Aku tak pernah menunggu orang"....)

Mungkin ke MPH Midvalley minggu depan untuk membaca buku. Membeli ? Hanya jika Salleh Ben Joned ada karya baru.

Perbualan telefon : "Angin kat sini kuat .. kalau payung murah boleh terangkat ke atas"

Kuat juga angin teluk mat salleh yang tidak pernah ku kenali itu. Kuat lagi rinduku terhadap dirimu.

JIWANGNYER AKUUUUU! aku pun naik loya haha!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home