Erm
70 peratus wanita profesional tidak berkahwinKUALA LUMPUR 30 Nov. - Lebih 70 peratus daripada wanita profesional di negara ini memilih untuk tidak berkahwin berikutan dilema yang terpaksa dihadapi dalam membuat pilihan antara kerjaya dan keluarga. Golongan ini melibatkan mereka yang berumur antara 30 hingga 40-an dan fenomena ini dianggap serius kerana boleh menjejaskan institusi kekeluargaan. Pengarah Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya (UMCED), Prof. Dr. Abd. Rahim Abd. Rashid ketika mendedahkan statistik ini berkata: ``Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah wanita profesional kerana mereka mempunyai kedudukan kewangan yang teguh dan tidak perlu bergantung kepada kaum lelaki untuk masa depan yang cerah. ``Biarpun mereka gembira dengan kehidupan itu, namun kita harus ingat kegembiraan tidak akan kekal lama kerana fitrah manusia diciptakan berpasangan.'' katanya. Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kepakaran, berstatus tinggi dan bekerja sebagai pembuat keputusan. Beliau memberitahu Utusan Malaysia ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk: `Wanita Profesional Dalam Pengurusan' sempena Seminar Wanita Profesional di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaysia (UM), di sini, hari ini. Sehubungan itu, Abd. Rahim berkata, dalam menyelesaikan masalah ini, kerajaan perlu melihat bagaimana wanita profesional ini boleh dibantu tanpa menjejaskan status profesional mereka. Beliau menambah, kekurangan golongan lelaki yang setaraf dengan wanita profesional dan sikap kaum Adam yang menimbulkan banyak kerenah dikesan antara punca wanita enggan berkahwin. Selain itu, katanya, ada antara kaum lelaki yang cenderung memilih wanita yang mempunyai kedudukan lebih rendah berbanding mereka. Ini kerana, katanya, akan memudahkan kaum lelaki mengawal kaum Hawa itu. Sementara golongan lelaki profesional pula, kebiasaannya tidak suka memilih wanita profesional kerana mereka mempunyai persepsi yang tidak baik terhadap golongan berkenaan. Wanita profesional pula, tambahnya tidak mempunyai pilihan kerana jumlah kaum lelaki yang terlibat dalam bidang profesional adalah kurang dan tidak seimbang. Ketika ditanya sama ada beliau bimbang sekiranya perkara yang didedahkan itu akan menimbulkan kemarahan wanita profesional, Abd. Rahim berkata: ``Perkara ini adalah satu realiti kerana ia menentukan hala tuju wanita profesional di negara ini.'' Beliau turut menjelaskan bahawa wanita profesional pada masa ini terpaksa berhadapan dengan diskriminasi gender malah mereka yang berada di peringkat atas pengurusan hanya melibatkan jumlah lima peratus sahaja. Artikel asal boleh didapati di SINI. Apa yang boleh saya komen ttg artikel ini? Rasanya terlalu subjektif dan bersifat peribadi. Setiap orang ada pendirian tersendiri. But bagi lelaki yang rasa merendah diri, saya bersama anda. Saya juga mengalaminya pada tika ini. | |
5 Comments:
mampu senyum ja
......hmhm
berbagai fakta boleh dikemukakan..buatlah yang terbaik :). Tolak-tolak nanti takut terkena :D
Aku setuju sama luv n hate tu... But aku rasa lelaki tu kena la matang sikit. If you think you not compatible or can live up to the exectation of the girl, cemne engkau nak yakinkan that girl that you are meant for her? Untuk lelaki yang merendah diri, stand up and be the person you want to be.
Aku setuju sama luv n hate tu... But aku rasa lelaki tu kena la matang sikit. If you think you not compatible or can live up to the exectation of the girl, cemne engkau nak yakinkan that girl that you are meant for her? Untuk lelaki yang merendah diri, stand up and be the person you want to be.
Post a Comment
<< Home