Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Monday, November 21, 2005

Pemuda maut jatuh katil

SINGAPURA: Seorang remaja China berusia 16 tahun yang menuntut di Singapura menemui ajal apabila terjatuh dari bilik asramanya selepas melompat di atas katil sambil memetik gitar, lapor akhbar Sunday Times.

Li Xiao Meng, pelajar lelaki sekolah persendirian daripada Beijing berada bersama-sama rakan sebiliknya, Wang Bing Yi, 16, di bilik mereka di tingkat tiga malam Khamis lalu ketika insiden berlaku.Katil Li terletak berhampiran tingkat yang terbuka.“Kami berada di dalam bilik dan dia memetik gitar. Dia terlalu seronok dan mula melompat di atas katil sambil terus memetik gitar.“Saya berpaling sekejap dan kemudian mendengar bunyi hentaman kuat dan dia tidak ada lagi di atas katil,” Wang dipetik sebagai berkata. Polis Singapura menganggap insiden itu sebagai ‘kematian luar biasa’ yang memerlukan siasatan lanjut dibuat tetapi seorang lagi rakan mangsa berkata dia selalu melompat di atas katil sambil memetik gitar, menurut laporan.Mayatnya dibakar dan abu mayatnya dibawa balik oleh ibu bapanya.Singapura popular sebagai pusat pendidikan luar negara di kalangan remaja China. Pelajar yang bijak ditawarkan biasiswa atau kerakyatan oleh republik itu yang 76 peratus daripada penduduknya berketurunan China. —AFP

adadia :- main gitar elok-elok tak boleh ker? nak tips menjadi guitarist terkemuka boleh hubungi En. Azizol.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Best regards from NY!
Hard drive format download fio fico proactiv buddy car top rack ameture group sex Colonial toys and dolls

10:51 AM  
Anonymous Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » »

5:48 PM  

Post a Comment

<< Home