Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Monday, February 27, 2006

Sunyi itu ..















Thursday, February 23, 2006

Secawan Teh.

Dato' Jais naik angin petang ni. Merah padam mukanya. Riaknya seperti orang sembelit yang tidak dapat menunaikan hajat.

"Camne kau boleh gagal Bir? Hancur rancangan kita. H A N C U R! " diajar adiknya mengeja. Meja kopi itu bergegar dihentak Dato' Jais. Teh di dalam cawan China itu tumpah sedikit.

"Aku mana tau Is,aku dah plan baeekkkk punya. Tapi si Asron tu buat taik. Maklumat tak beritahu aku" Habir mempertahankan diri.

"Taik apa? Si Asron tu ada kerja lain. Aku suruh ke cawangan lawan. Ko tu yang tak reti membaca!" Bentak Dato' Jais

Habir diam. Mukanya macam nangka busuk. Rancangan mengusir penduduk Kg Bukit Best itu tidak berjaya. Surat bantahan penduduk dah sampai meja mesyuarat Exco pagi tadi. Dia tahu memang salah dia. Dia terlambat setup ngan Kiah Itam,orang penting pejabat tanah yang selalu berulang-alik ke rumahnya.Memang dia tidak menahan surat bantahan penduduk walaupun salinannya telah diberi oleh Kiah Itam semasa serapan pagi tadi di kantin pejabat daerah. Secara jujurnya dia buta huruf. 100 surat dikasi pun memang dia tak reti nak eja. Apetah lagi membaca. Suratkhabar pun, dia hanya amik tahu bahagian Sukan. Ada no ajaib pada hari hari tertentu. Tapi cita-cita Habir agak tinggi. Jawatan ketua JKKK Kampung Bukit Best telah diraih tanpa pemilihan dengan restu Dato' Jais, abangnya yang juga wakil rakyat kawasan. Sudah 2 tahun tiada mesyuarat kampung. Rumput di Dewan JKKK tu pun sudah tinggi,boleh diberi makan lembu sekandang.

Asron, adiknya yang paling muda pun nak makan sorang. Selalunya maklumat penting-penting Asron bolot diam-diam. Tetapi dia tidak pasti Asron tahu maklumat pagi tadi atau tidak. Dato' Jais hanya mengharapkan Habir. Kiah Itam pun semakin menjauhkan diri. Hari tu dia ternampak Kiah Itam datang ke rumah Asron. Habir meneka-neka samada dirinya dipermainkan oleh mereka berdua.Mana boleh Asron sorang nak kaya. Getus hatinya. Aku pun nak makan ayam. Hari-hari makan gereh je. Boring. Nak juga merasa pakai Mercedes mata kacang. Rungut Habir. Dia mula merasakan Asron ambil kesempatan ke atas dirinya. Sudah berapa kali begitu. Habuan jual tanah lebihan lebuhraya itu hari pun Habir dapat sikit je. Asron sapu banyak. Habir pasti dia telah dicabul dari belakang.

Habir gusar tentang keadaan koceknya sekarang. Harapan dia, boleh la dapat sekilo dua pengeras dari Dato' Jais jika berjaya hal pagi tadi. Tetapi situasi sebaliknya telah menghancurkan impian isterinya untuk blonde rambut. Isterinya yang bendel itu kerap kali memujuk Habir agar memberikan wang untuk mewarnakan rambut di saloon pekan itu.Kolam ikan Habir tidak mendatangkan pulangan yang masyuk kebelakangan ini. Pemancing lebih minat pergi kolam ikan Maikel di estate kampung sebelah. Maikel pasang pelaris berupa cewek Indon, yang mana tidak boleh dibuat di kampung ni. Kampung ni sensitif sedikit.Tidak seperti penduduk Kampung BaikHati, asal boleh buat duit, halal semuanya. Promosi set karaoke pun tidak mendapat sambutan. Hanya dia anak beranak yang nyanyi sumbang siang malam. Kalau ada orang lain yang menyanyi, semuanya kroni. Tak bayar pun. Berkerut Habir seketika. Tapi Asron ada tanah merah lagi. Umah Asron ada tanah bukit. Dia boleh jual tanah 10 lori sehari. Dapat Rm50 selori jadilah,boleh buat duit ngeteh.

"Aku nak ko usahakan apa jua cara untuk menghalau penduduk kampung tu. Tak kiralah ko nak letak jin peliharaan bapak kita ke, atau ko nak tanam paku kat simpang jalan. Biar jin kacau penduduk yang lalu situ, biar accident banyak.Biar panas". ujar Dato' Jais kali ini dengan nada perlahan. Gaya memujuk. Dia tak boleh terus menerus memarahi adiknya itu.

"Kalau dah panas, nanti laki bini gaduh. Lepas tu sorang-sorang cabut. Baru takde perpaduan kampung tu" sambungnya lagi.

"Pihak pemaju nak sgt tanah ni. Feng shuinya baik. Sama dengan tanah kubur cina depan rumah aku ni. Aku pun dah berkira-kira keuntungan kita dapat. Nanti aku bahagilah untung sama ko. Aku tahu penduduk kampung tu degil, tapi ko gunakan alasan bahawa bahawa negeri ini tidak merestui setinggan. Setinggan menghalang pembangunan. Tanah-tanah setinggan mestilah diberi pemaju. Belakang kita sapu. Kalau tak bila lagi kita nak kaya. Time aku berkuasa ni lah" ujar Dato' Jais memberi harapan palsu pada adiknya yang kelihatan seperti ungka tua. Habir tidak berkata apa-apa. Hanya angguk. Kemudian Habir mengangkat punggung meminta diri untuk pulang. Teh yang dibuat Datin Tsunami tidak disentuh langsung. Takde mood tua-tua kena marah.

Esok pagi Pejabat Tanah Daerah Petola kecoh. Suspek yang dikenalpasti sebagai adik-adik Dato' Jais bergaduh di pejabat tanah. Berebut Kiah Itam. Janda rupanya dia.

-------------------------------------------
Notakaki:

Gereh (Jawa) - Ikan masin.
Bendel (Jawa) - Mengada-ngada
Ngeteh (Jawa) - Minum-minum
-------------------------------------------

di saat ini ..
aku masih menanggung kerinduan..
terhadapmu..
walau ku tahu..
kau takkan berperasaan seperti aku..

adadia 24/02/06 9.02AM

Wednesday, February 22, 2006

Hakikat Kehidupan Moden oleh En Bert.

bert: nanti klaau sesekali aku datang sana
bert: leh kita lepak skali
Aku: bolehh
Aku: aku pun jarang lepak skang
Aku: kerja banyak
Aku: tapi lom kaya lagi
Aku: haha
bert: tak perlu kaya
bert: ko tau tak syarat kehidupan skang
bert: jgn terlalu hensem..nanti dapat awek tak lawa
bert: jgn terlalu kaya nanti dapat pisau cukur
Aku: ha ha ha
bert: jadilah yg sederhana..hanya tau beli kopi jantan cap pak aji 2 orang
Aku: kopi jantan la tu
Aku: ;p
bert: ko tak tau ke senario hidup di kl?
bert: 1000 awek lawa
bert: match dengan 1000 balak tak hensem
bert: tu aku la tu
bert: hahahah

Tuesday, February 21, 2006

My Friend (orang putih kata)

Rakan saya itu sepatutnya tidak bahagia.

Dari kecilnya memikul bahu sebagai ketua keluarga. Ibunya telah tiada sejak kecik lagi.
Ayahnya telah merantau jauh mencari sesuap nasi. Kini ayahnya telah pergi juga berjumpa Ilahi.

Ditanggung adik beradiknya yang ramai. Yang masih bersekolah, yang baru memulakan kerjaya.
Gajinya tidaklah seberapa. Cukuplah sebagai kerani di universiti itu.

Tetapi dia sentiasa tersenyum.
Sentiasa riang.
Pura-pura riang?
Saya tidak tahu.
Yang pastinya kami selalu bergurau.
Tarik telinga, tarik hidung.Macam budak-budak.
Berbicara tentang kerja, tentang teori hidup.
Minat kami yang sama terhadap Prof Diraja Ungku Aziz kerap membuahkan banyak fikiran dan idea.
Dan dia sentiasa menjadi orang nombor satu dalam menghulur bantuan.

"Cik,motor aku bocor kat masjid. Aku tidur rumah ko malam ni"
"Lagi bagus ko tidur sini. Tapi kalau nak pinjam motor aku, pakailah"
"Kau nak pergi kerja camne?"
"Takpe,takde hal.Pakai je" Sambil menghulurkan kunci dan road tax.

Itulah rakan saya. Sahabat baik. Rakan dunia akhirat.

Seorang ahli panel di dalam siri Al-Kulliyah pernah berkata "Apa maksud sahabat dunia akhirat? Perumpamaan sahabat dunia akhirat adalah seorang rakan yang tidak kisah anda ambil duit dari koceknya".

Friday, February 17, 2006

Dulu-dulu..

Untuk bacaan pada masa lapang... enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...credit to Kayon (old mate since TADIKA).

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu pukul tapak tangan...kan?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. Tiket wayang pun 5 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

Tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm
class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

Hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88 skarang digelar 'remaja'.

Bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

Bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!! Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 80s babies!!!

Sunday, February 12, 2006

Dimana KARTINI ?

I want KARTINI. I want fly to Bel****.

Masa-masa begini teringat majalah Kartini,karya kartunis Tembakau yang dibeli pada tahun 1997 dan buku sajak Saleh Ben Joned. Dimana letaknya? Saya harus membuat perpustakaan mini di salah satu sudut rumah ini (impian yang masih belum terlaksana dan menghadkan memberi pinjam buku-buku tersebut kepada manusia lain). Sebentar tadi menatap sebuah novel karya Abd Talib Hasan - Kompilasi Sekuntum Bunga Sena. Masih teruja dengan karya Elias Hj Idris - Bunga Bukan Semusim (juga telah hilang), sebuah kisah lelaki untuk lelaki. Saya juga membaca karya novelis wanita seperti Norhayati Berahim,Sri Diah dan Sabariah Araur.

Saya anggap saya mempunyai penyakit "gila baca" kerana saya tetap membaca semasa makan nasi! Hari ini sahaja membeli 2 jenis akhbar iaitu The Star & Kosmo, tidak termasuk Utusan Malaysia yang dihantar setiap pagi oleh En Sahar (pastinya saya bukan lelaki ideal bagi wanita yang tidak berminat berfikir 2 kali kerana hobi saya ini). Satu hari nanti, saya pasti menulis sebuah novel. Tapi saya tidak tahu dimana permulaannya. Cuma sekarang terbayang Botanic Garden di belakang universiti kepulauan Mat Salleh itu.

"Apa yang kita nak, itulah yang kita takkan dapat" (Tembakau).

Allah akan amik apa yg kita sayang sbg tanda Allah sayangkan kita . Maksudnye, bila Allah sayang kita tetapi cinta kita pada makhluk berlebihan, jadi Allah akan tarik balik. Bersediakah saya?

Dari majalah Kartini juga, meminjam kata Umar Al Khattab, "Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari"

Tergelak spontan semasa membaca komen seorang peserta Program Angkasawan Negara, Kelvin Lim Hock di dalam paper The Star "Most girl want guy works 9 am-5 pm . Many girls like guys in uniform but not the job". Betul ke wanita? Kami lelaki ingin kepastian haha.
Tahniah Asrool dapat futher study ke MMU.

Thursday, February 09, 2006

Jadilah insan yang paling bahagia


oh kasih, hadirkan cinta didalam hidupku ini
berikan sayap agar ku terbang tinggi..



Apa yang boleh diharapkan dari seorang manusia?
Harapan? Kebahagian?
Yang pastinya kita harus tetap berusaha untuk mencapai yang terbaik.

Fighting !

Tuesday, February 07, 2006

No Explanation

Lagu pertama hari ni lewat dipasang. Tepat 3.36 petang berkumandang Peter Cetera - No Explanation. Selepas itu menyusul irama Mozart - Minuet. Saya tidak memasang mp3 pada pagi, kerana membuat beberapa kerja yang terlalu penting. Dan kerap memikirkan kerja ini harus cepat habis. Anda telah kesuntukan masa!. Malam tadi, pihak masjid telah menghantar satu peminangan, di mana saya telah menjawat satu posisi secara "sukapaksa", iaitu Penolong Setiausaha Masjid Al Barokah. Pada mulanya mengelak, kerana merasakan ramai lagi yang layak. Tetapi pihak masjid tetap dengan keputusan dan saya terima peminangan tanpa cincin itu. Tugas pertama hari ini, mendapatkan No. K/P bagi senarai pencalonan AJK baru untuk mesyuarat akan datang.


You really took me by surprise
You’re someone I’ve needed for a lifetime
Your heart was cleverly disguised
And it didn’t look that way in my mind



Bahasa "cintan" telah diterima sebagai satu bahasa baru dan dimasukkan dalam Kamus DBP.Tetapi DBP menegaskan ianya bukanlah satu bahasa yang sesuai untuk digunakan bahasa rasmi, tetapi hanya sebagai bahasa pergaulan. Beberapa perkataan seperti "keling mabuk todi" telah dikeluarkan dari senarai Kamus DBP kerana tidak sesuai dengan keadaan sekarang yang suka saman menyaman.


Sambung kerja balik.

* Ada orang tu jetlag dengan teruknya.
* Reina's tackle was pure class it would have made Momo proud (Liverpool)

Sunday, February 05, 2006

Untuk yang kehilangan.

Jangan terlalu fikirkan ..
benda yang berlalu.
pastinya ia telah mati.
dan yang mati tidak kembali.
tetap terkubur abadi.

apa juga tindakan ..
tiada paksaan.
fikirlah yang terbaik.
kau sudah dewasa.

aku pun sudah tua.

kau bakal bertemu dgn lainnya ..
moga terubat pilumu,
atas kehilangan katak hijaumu.

makanlah wahai kucingku.
makanlah Frieskiesmu itu.

Miow..

adadia / 9.50pm /sunday 05Feb06
move your feet.

Friday, February 03, 2006

Akhiri ini dengan indah

Last week pergi ke Ikano dan terlajak hingga The Curve. Amatlah kecewa kerana kedai-kedai kebanyakan masih ditutup sempena Tahun Baru Cina. But di bawah lobi The Curve, ada pertunjukan KUNGFOOO dari China. Tak amik gambar, coz i dont have any capture device.

Pertama kali membeli Majalah Millenia terbitan YADIM di 7Eleven Projet Pekan Meru.



Menarik juga isi kandungan. Manakala mata kerap meleret pada ruangan Novel Bersiri, bertajuk Sayap-Sayap Cinta.



Juga, lama tak melawati laman web Prowaris , ada wawancara bersama Prof Diraja Ungku Aziz. Wawancara bertajuk :-

"HIDUP BUKAN QUE SERA SERA" : USAHA CAPAI KEPERIBADIAN UNGGUL BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI >> click disini
dan
MENUKAR PERSEPSI ORANG MELAYU >> click disini

Harus tidur, sudah terlalu lewat. Menanti seseorang sampai ke KL kerana harus bertemu dengannya di KL Sentral esok pagi. Ye,saat itu memang ditunggu..