Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Tuesday, February 07, 2006

No Explanation

Lagu pertama hari ni lewat dipasang. Tepat 3.36 petang berkumandang Peter Cetera - No Explanation. Selepas itu menyusul irama Mozart - Minuet. Saya tidak memasang mp3 pada pagi, kerana membuat beberapa kerja yang terlalu penting. Dan kerap memikirkan kerja ini harus cepat habis. Anda telah kesuntukan masa!. Malam tadi, pihak masjid telah menghantar satu peminangan, di mana saya telah menjawat satu posisi secara "sukapaksa", iaitu Penolong Setiausaha Masjid Al Barokah. Pada mulanya mengelak, kerana merasakan ramai lagi yang layak. Tetapi pihak masjid tetap dengan keputusan dan saya terima peminangan tanpa cincin itu. Tugas pertama hari ini, mendapatkan No. K/P bagi senarai pencalonan AJK baru untuk mesyuarat akan datang.


You really took me by surprise
You’re someone I’ve needed for a lifetime
Your heart was cleverly disguised
And it didn’t look that way in my mind



Bahasa "cintan" telah diterima sebagai satu bahasa baru dan dimasukkan dalam Kamus DBP.Tetapi DBP menegaskan ianya bukanlah satu bahasa yang sesuai untuk digunakan bahasa rasmi, tetapi hanya sebagai bahasa pergaulan. Beberapa perkataan seperti "keling mabuk todi" telah dikeluarkan dari senarai Kamus DBP kerana tidak sesuai dengan keadaan sekarang yang suka saman menyaman.


Sambung kerja balik.

* Ada orang tu jetlag dengan teruknya.
* Reina's tackle was pure class it would have made Momo proud (Liverpool)

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

lagu sedap.

6:46 PM  
Anonymous Anonymous said...

akum..walaupun xnmpk xpresi muka, tp jari tu dah ckp untk tunjk.."aku bz..!!!" anyway, slamat bertunang tnpa cincin..hehehe

12:37 PM  
Blogger LUKE said...

alhamduillah........ hari ni jadik Penolog S/U masjid, esok2 jadik imam masjid pula. sapa tau kan?... benda baik ni kena ikhlas, mesti ada hikmahnya**ala2 ustazah nih!... ekekekekek

2:13 AM  
Blogger adadia said...

oh yer, tak sangka saya bertunang juga keke.

2:28 PM  
Blogger Oimira said...

huik tunang?
note: i can play mozart's minuet :D

6:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Asian pornfreejapanese schoolgirls Radisson lord

6:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

This is very interesting site... »

2:42 PM  

Post a Comment

<< Home