Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Saturday, January 28, 2006

CNY is Chinese New Year.

Dimana-mana pun jumpa limau mandarin. Harga sekotak RM 9.90 di tempat aku. Di tempat lain aku tatau. Aku menunggu limau free, masih menunggu apek kedai motor menghantar sekotak dua. Orang kata makanan free ni lebih sedap dari dibeli. Seperti rokok juga. Lebih terasa nikmatnya bila menghembus asap yg berkepul-kepul. (menceritakan pengalaman sebagai perokok, berhentilah merokok rakan rakan HE HE HE).

Oh yer, aku terlupa. Kedai apek tu hangus dijilat api 3 bulan lepas. Melepas aku limau mandarin percuma. Malam ni aku cuba beli sekotak untuk sama-sama menghayati Tahun Hanjeng. Jgn lupa Maal Hijrah pun hampir tiba.

Rakan-rakan sejenis (yakni jantan semuanya) beria-ia ajak nonton wayang.

Wan : Ko nak tgk wayang tak?
Aku : Wayang? apa cerita? Nak tgk kat mana? Bkt Raja
Wan : Baik Punya Cilok or Buli Balik. Tgk kat Sunway Pyramid kut.
Aku : Baik Punya Cilok dah habis la, aku pun tak sempat tgk.
Wan : Tak kisahlah apa-apa, ko nak tgk tak? aku nak pergi ngan Ahsan, lepas tu Bak ada.
Aku : Fahmi tak ikut?
Wan : Tatau.
Aku : Aku pakai sandal je ni, mana bes (walau sandal ni baru beli semalam).
Wan : Apa salah pulak, tak pun ko pakai kasut Zul.
Aku : Takmolah.Ko gi je la.
(Mesti kasut tu busuk gila. Mana pernah aku nak pakai kasut orang ni.)

Manakala dalam hati aku pula meluap-luap hendak menatap buku di MPH di Midvalley or Subang Parade. Gi mana sih ? Mengikut maklumat, ada MPH baru di The Curve, bersebelahan IKEA Damansara. Jauh pun tidak seberapa dengan rumah. Hanya 40 minit perjalanan memandu dan 25 minit menunggang (jika tiada road block sempena cuti perayaan).

Makan-makan, pusing-pusing Penang yer.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home