Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Sunday, January 08, 2006

Suatu hari di Bulan Januari

"Tiada kaitan samada yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia."

Chapter 1.



Langit kian suram. Sinar matahari tidak kelihatan (mungkin hampir tiada) . Sudah seminggu dalam keadaan berbasah-basahan. Hujan turun hampir setiap detik. Membasahi setiap pelusuk tanah dan tanih. Menenggelamkan tanah-tanah rendah dan juga set televisyen yang dilengkapi oleh satelit ASTRO di negeri pantai Timur dah Utara.

Hujan rahmat atau satu peringatan?

Kanak-kanak masih keriangan bermain. Bisingnya mengalahkan orang berniaga pasar. Dia hanya memerhati lagak-lagak Ronaldinho dan Ronaldo menendang bola. Bola getah yang harganya tidak seberapa itu disepak terkena batang pokok nangka di sebelah sana. Pokok nangka itu telah hidup terlalu lama. Hampir 20 tahun jika tidak silap perkiraan. Nangka yang banyak berjasa, sumber lauk bagi jiran-jiran yang tau masak gulai nangka. Manakala yang tidak tahu resepi, hanya makan sahaja. Itupun jika ada kenduri kendara di kawasan ini. Jika tidak kempunan makan gulai berwarna kuning itu.


Pada saat ini dia memikirkan sesuatu yang kerap difikirkan seharian. Jiwanya agak runsing memikirkan seseorang. Seseorang yang kerap dinantikan sehari hari. Nama yang sentiasa dibelek pada handsetnya dan kerap dibaca sms wanita itu. Pendek kata, wanita itu seorang yang bertakhta. Dia tahu Aikha (gelaran wanita itu) bukan singgah sebentar. Dia akan menetap lama dalam hati. Dia tidak sangka akan begini jadinya. Perkenalan dengan beberapa topik yang tidak penting menjadi titik permulaan hubungan itu. Dia tidak boleh kehilangan Aikha sekarang . Juga masa depan. Memang tidak boleh. Dia makin murung.

Tapi masa terlalu kejam. Tidak bolehkah masa menunggu? Tidak bolehkah masa berhenti untuk dia membuat beberapa keputusan lain yang penting juga. Dia mengaku tidak dapat mengejar masa yang riaknya berlari mengalahkan kelajuan cahaya. Dia tidak minta kembali ke zaman yang lepas supaya dapat memperbaiki kesilapan lalu. Cumadia berharap masa akan lebih berasa ehsan terhadap dirinya. Melakukan perkara yang menjadi impiannya sejak dulu.Dia mengeluh sendirian di atas bangku taman itu. Keluhnya panjang , dan mungkin panjang lagi esok.

"Wanita bukan seorang saja" ujar Haris semasa bermain chess kelmarin.

"Yer, bukan seorang, tapi tidak sama. Dia lain Ris " getus aku.

"Masakan kau tidak memandang yang lain. Aku tidak percaya"

"Kau tidak mengerti Ris. Dulu kau mabuk bercinta dengan Lina, sedikit cakap aku pun ko tak dengar. Dah putus baru macam lepas koma, baru sedar semua" ejekku.

Harris ketawa besar. Dia akui kebodohannya dulu. Terlalu sukakan Lina walaupun rakan-rakannya menentang secara senyap-senyap.Pada mulanya semuanya berlancar lancar, hinggalah pada satu hari dia ternampak Lina menghantar surat pada seseorang lelaki. Dan dari situ semuanya terbongkar.

"Aku dah kata, dia pasang spare tyre. Ko ingat perempuan sekarang tak pandai ke. Senyap bukan maksudnya jujur. Sekarang apa pun boleh jadi" ujar Zikri semasa Haris bermurung di atas motor burukknya. Zikri lebih mengerti perangai Lina kerana mereka sekelas.

Perbualan terhenti kerana penulis nak makan. Lapar siut. Korang tak lapar ke ni ? hahahaha. Dah la serapan sket je tadi walau satu pagi menunggu kat dapur. Makan dulu hehehe. Chapter 2 ntah bila2 la sambung. Kena refresh otak utk masa-masa lapang ni. Otak tak guna nanti berkarat. Amma..makan dulu..paidayappa...

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

trust your gut feeling... bila akal dan hati dah berkata2, insyaAllah... bahagia hendaknya dengan si dia yang tercinta..

11:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

yeap sure.

10:30 AM  
Anonymous Anonymous said...

cerita apa nie.cerita lawak ke.

7:12 AM  
Blogger adadia said...

four, cerita rakyat dari sang pelipur hehe.

6:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

Enjoyed a lot! » »

2:30 AM  

Post a Comment

<< Home