Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Sunday, January 04, 2009

Al Fatihah.

Hari ini, saya kehilangan seorang rakan baik.
Selamanya.

Al-Fatihah untuk mereka.

3 beranak maut, kereta bertembung pacuan empat roda

SHAH ALAM 3 Jan. - Seorang wanita hamil lima bulan antara tiga sekeluarga maut apabila kereta Kancil yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 53.7, Jalan Klang-Teluk Intan di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor hari ini.

Mangsa yang terkorban dalam kejadian ketika hujan renyai pada pukul 1.15 petang itu ialah penolong pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Samsul Hamid, 30, isterinya Sumarte Jaha, 28, Penolong Pendaftar di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) di sini dan anak mereka, Ammar Firdauz, 3.

Sementara itu, adik Sumarte yang berusia 19 tahun kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tanjung Karang.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Hussin Omar memberitahu, kejadian berlaku ketika Samsul yang memandu kereta dalam perjalanan dari Kuala Selangor untuk pulang ke rumah mereka di Tanjung Karang.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Frontier yang dipercayai dipandu laju terbabas ke kanan jalan, lalu terbalik dan merempuh kereta Kancil dari arah bertentangan.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan keempat-empat mangsa yang tersepit.

Katanya, Samsul dan isterinya berasal dari Keningau, Sabah cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia setelah diberi rawatan dua jam di Hospital Tanjung Karang.

"Anak mereka pula disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, jelasnya, pemandu Frontier itu, seorang lelaki Melayu berusia 23 tahun hanya cedera ringan pada muka dan menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama.

Che Hussin memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati, lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan kerana permukaan jalan licin.

source : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_26.htm

Thursday, January 01, 2009

Bahagia

Kebahagian dinilai melalui satu cara yang paling subjektif.

Tika ini saya major bahagia.

Tidak terlalu major sebenarnya.