Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Wednesday, August 30, 2006

Impossible

It's impossible,
tell the sun to leave the sky, it's just impossible.

It's impossible, ask a baby not to cry, it's just impossible
Can I hold you closer to me and not feel you goin' through me?
Split the second that I never think of you?

Oh, how impossible ..

By : Perry Como - It's Impossible

Sunday, August 27, 2006

SENGSARA KEM KAMUNTING

".....Cikgu Mat Senyum sedih kerana mereka masuk Kem Kamunting bukan kena buat apa-apa pun. Bukan ada apa program pun. Cuma kena kurung. Semua datang dari Memali. Orang-orang tua yang ditahan sedih tidak lalu makan. Cakap pun tak mahu. Ada seorang yang duduk diam menyendiri. Tegur orang pun tidak. Sasau. Macam nak jadi gila, dah tak siuman dah.

Budak berumur 16 tahun itu pula, asik menangis saja. Tak henti-henti menangis.

Selepas 3 bulan mereka dihantar balik ke Memali. Hantar balik pun naik bas. Jumlah semua mereka adalah 43 orang!

Itu tidak termasuk apa jadi kepada mereka ketika mereka ditahan di Alor Setar sebelum dihantar ke Kem Kamunting. Ramai di kalangan mereka yang diseksa. Pengakuan mereka yang telah disiarkan oleh PAS pada masa itu adalah ramai di kalangan mereka yang dicabut bulu janggut, bulu misai, bulu lubang hidung dan bulu anunya ... "

Oleh Hj Saari Sungib (Malaysia Today)

Monday, August 21, 2006

KELMARIN

Kelmarin,
Mekah memanggil-manggil hatiku.
Tatkala hatiku memanggil-manggil namamu.

Rindu akan bicaranya.
Kasih akan dirinya.

Aku ingin ke syurga denganmu ;
Amicelli.

Friday, August 18, 2006

JANGAN

Jangan menjadi mat rempit.
Jangan bergaul rapat dengan mat rempit.
Jangan bangga menonton Remp-it.
Jangan sertai perhimpunan mat rempit di Bkt Jalil nanti.

JANGAN.
DONT.
NEHI.

Monday, August 14, 2006

Pasti

Jika dirimu berkata,
"kau terlalu bosan untukku".

Pastinya aku
membenarkan butir bibirmu.

Namun, jiwaku pasti bicara.
Menepis tohmahan dalam hatiku.
Bosanku bukan untukmu.
Matlamatku, pasti bukan matlamatmu.

Friday, August 11, 2006

JANNO GIBBS

Sunday, August 06, 2006

SUPPOSED

Runsing itu tiba-tiba mengganggu.
Memecah-mecah idea yang sudah digarap.
Merobek jalan-jalan entri.

Natijahnya, tiada nukilan untuk hari ini.

Hanya runsing.

Kepala pusing.

Terbayang perumpamaan "beruk" yang disebut oleh MB Pahang & KJ.
Sebenarnya ada cerita tentang beruk. Dan tentang pegawai-pegawai DBP ditukar 24 jam selepas terbitnya satu satira beruk ; MAHARAJA BERUK & BERUK-BERUK LAINNYA.


........ Beruk Mat Yeh, pembantu Maharaja Beruk, berasa bangga setelah memperagakan dirinya yang berbakti itu.

"Bagus, bagus. Hang ini seekor beruk yang sungguh setia kepada aku. Jangan bimbang. Adalah upahnya nanti. Siapa saja yang memberi taat setia kepada aku,sanggup berkorban kerana aku, tentu aku tak lupa jasa-jasa mereka itu. Hang mesti cerita pada semua juak-juak kita supaya mempercayai apa aku kata. Aku tak pernah berbohong pada rakyat aku. Kalau aku bohong pun perkara-perkara kecil saja. Itu bohong sunat kata manusia yang beragama. Hang pun tau aku gunakan agama itu untuk menipu manusia. Tapi kaum beruk, kera dan lutung seperti kita ini tak ambil kisah sangat tentang agama, betul tak?"

Beruk Mat Yeh menjawab, "Betul boss. Kita pentingkan harta dan pisang-pisang yang besar dan panjang saja untuk menjaga kepentingan anak-anak dan cucu-cucu kita." .......

Friday, August 04, 2006

Royal Victoria

pindahmu
bermaksud ;
aku merengkok disini.

sudah 6 hari.

"... bagaimana mestinya
membuatmu jatuh hati kepadaku
telah kutuliskan sejuta puisi
meyakinkanmu
membalas cintaku..."
(Ada Band - Haruskah Ku Mati)