Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Sunday, June 25, 2006

Temper

2-3 hari sekali kabel telefon dicuri. Pada masa itu, marah saya menjadi-jadi. Tidak semena-mena saya menjadi ahli sihir, menyumpah pencuri itu menjadi katak.

Apa sebab kejadian ini semakin berleluasa?
Pertama sekali disebabkan harga tembaga itu sendiri. Harga tembaga yang ada di wayar telefon tersebut mencecah RM 13.00 sekilo. Harga besi yang lain saya kurang pasti. Nanti kalau dah dapat tangkap pencuri tu, saya 'interview' baikk punya.

Kedua, kewujudan banyak kedai untuk menjual besi ini. Pepatah Melayu kata tumbuh cam cendawan. Jadi ini memudahkan besi-besi ini dijual secara cepat selain tiada kawalan dari pihak berkuasa. Maka dengan itu, bukan sahaja kabel telefon dicuri. Penutup longkang masjid, penghadang jalan (divider besi) dan pagar rumah juga menjadi sasaran para 'mereka yang rajin membuat duit ini'. Sikit hari lagi, pintu kereta anda akan hilang sebelah angkara mereka ini.

Diberitakan kepada saya oleh orang lain, tauke kedai besi ini boleh mendapat RM300,000 sebulan.

Friday, June 16, 2006

Tag

Kena tag dari cik Nurul. Cam perempuan dah aku ni, tapi takpela just for fun.

Nak Kawen Ngan Siapa?

dengan Dia

Nak kawen ngan org negeri mane?
8 jam perjalanan dari Selangor menaiki kereta. 45 minit naik AirAsia.

Kenapa?
cinta itu misteri kata Sohaimi Meor Hassan.

Kalau sebaliknya?
aku taknak fikir.

Dah ada calon ke?
tengah tunggu jawapan yang paling agung.

Tapi kalo dia tak pinang aku?
ler, aku la pinang dia.

Bila nak kawin?
selepas siapnya beberapa bangunan.

Hantaran kawin?
tak kisah, ikut pihak perempuan. itu bisa dirunding dong.

“Tidak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tak seindah Sulaiman, mengapa mengharap teman setampan Yusoff jika kasih tak setulus Zulaikha, tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim jika diri tak sekuat Sarah dan Hajar, Jangan mengharap teman sebaik Fatimah jika diri tidak sehebat Ali, Mengapa mendamba teman seistimewa Khadijah jika diri tidak sesempurna Rasulullah…”

===========================================

Tag ke-2

Here are the rules:
1. The tagged victim has to come up with 8 different points about his/her perfect lover.
2. Have to mention the gender of his/her perfect lover.
3. Lastly, most importantly, HAVE FUN DOING IT.

My Perfect Lover Must

1. Ada spek bingkai merah & pakai contact lens
- Asalkan bukan pakai kanta lekap Baush & Lamb

2. Tinggi
- Senang, tak terlalu mendongak dan memandang ke bawah. 0 degree je pandang.

3. Suka cokelat
- Makan cokelat seperti jatuh cinta

4. Suka cerita Korea
- Sebab aku pun suka citer Korea gak

5. Suka fotografi
- Suka snap gambar gitu.

6. Melarikan diri pertama kali bertemu
- Menyorok di celahan rak-rak buku. Boleh main cak-cak

7. Suka travel
- Boleh guide aku utk jalan2 nanti sbb aku kurang melancong. Melencong bykla.

8. Tak pandai naik komuter ke Midvalley
- Takpe..aku ada..tak sesat punya..aahahha.

Walau apa-apa pun, ianya adalah pandangan saya yang serba memandang duniawi semata-mata. Hanya menyatakan hasrat hati dan tanpa berselindung menyatakan segala ketentuan adalah dari Allah SWT. Wallahua'lam.

8 orang lagi, sila buat. sapa sapa lah.

Thursday, June 15, 2006

Anak

Teramat marah jiran aku tengahari tadi.

"Pencuri kabel telefon ni memang 'anak kontol' , yang tidak lain hanyalah menyusahkan manusia lain. Memang anak kontol", ujarnya berkali-kali hingga tak terbilang banyaknya anak kontol itu.

Aku tergelak mendengar perumpamaan yang sudah lama tidak didengari itu. Sekilas terbayang kanak-kanak lelaki yang tidak berseluar dan berbaju, persis toyol.

Sunday, June 11, 2006

Prague

titip salam kepada malam ... untukmu.
dipembaringan ini ... ada hati yang terlanda rindu..

padamu..

adakah rasa sehujung jari..
di dalam hatimu..
andaikan ada biarkan saja ..