Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Friday, May 26, 2006

Kaki Senja


(Gambar dari saudara Ahsan. Lawat http://creatpixel.fotopages.com )

KAKI SENJA (utk Downe)

Hari sudah senja,
tapi aku masih mencari.

Kaki senja,
kau hanya nama ;

bukan noktah jingga.

Monday, May 15, 2006

Selamat sudah.

Zam : tgk aa gamba kitorg tu
Zam : nk posing camtu kena aa nikah dulu



Zam : nk tunngu apa ntah lagi
Zam : xyah tunggu duit...
Zam : jalan jer

Selamat Pengantin Baru En Zamri & Puan Lin . Semoga bahagia ke anak cucu.
Aku kena tunggu dulu sebab aku menunggu. He he.
Selamat bertunang juga kepada En Pendi Xyber.
Juga kepada Cik Wieda.

Aku perasan satu disini, pihak-pihak wanita semua orang Nogori dan pihak lelaki kesemuanya Lembah Klang. Adakah ianya kaitan ngan NS Naza juara Liga Super? haha.

Friday, May 12, 2006

Long Live.

Anda mahu hidup lama?

Berfikir selalu. Jana otak anda.

Caranya? Membaca dan membuat aktiviti-aktiviti positif yang menyihatkan seperti renang, berkuda, memanah dan lain-lain.
Orang-orang bijak hidup lama kerana mereka selalu berfikir.

2 kriteria pemuda- pemudi yang disukai Allah.
1) Tidak jahil.
2) Tidak selalu berhibur.

Wallahua'lam (sumber : Al Kulliyah 12 May 2006).

Wednesday, May 10, 2006

Anwar & Buah

Seorang pakcik tua, bermotor Honda Cup menjerit di pasar Jumaat minggu lepas.

"ANWAR IBRAHIM BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA !"

Jeritan tanpa disangka-sangka. Dan juga tanpa disangka mendapat tepukan gemuruh pengunjung pasar.

Aku terus membelek "majalah buahan tempatan" di gerai akhbar. Melihat "buah bulat" dan "buah leper" berposing di kolam renang.

MACAM MEMPELAM SALA.

Sunday, May 07, 2006

Status YM

Hari Ahad ini .. pukul 12.45 tengahari, melihat-lihat status YM manusia-manusia yang ada di dalam list. Ada tambahan sedikit lepas maghrib.

S** - Bantu aku membencimu Ku terlalu mencintaimu Dirimu begitu Berati untukku..bla bla bla (mungkin jejaka ini berhati lara)

the**** *&* - betchu want my goddies, betchu thought about it..got u all bla bla bla (aku tak paham apa yg dikatakan. Anak-anak sekarang..sumpah aku tak paham haha)

idi** *** - my head is almost falling on my keyboard (ha, ni sah tension).

sniffit - listen to (dia ajak mendengar lagu stream live dari pc dia, tapi mungkinkah dia teringat laptop HP yang hilang di Seri Kembangan itu hari? sian ko bezerk, nanti dapat la Sony Vaio.

Gijoe - Artic spec. FW-D 6000M - how to build? (ini orang baru takeover position engineer di Centralube Ltd, tu sebab dia ada pening sket haha).

Xy**r - Stepped Out (dia bertunang ini hari...opssss).

bert - from Taiping with love ( di samping love mood, en bert promosi http://kodox.net )

Britneysaks - should be studying [busy] (baru nak study sebab exam la ni, di samping tensen di salah ladang ternakan di Cork .. jika tidak merindui Baish 24 jam kahkah).

naew - only regarding important matter (aku tak kenal dia ni, tapi camne ada dalam list aku, apa nama ko ar haha)

Anak En Azmi - R I N D U (rasanya tidak perlu diterangkan lebih lanjut ttg status msg beliau).

wan mood - coldplay - fix you (tgh dgr lagu la ni)

Status aku seperti biasa. No Available 24 jam haha.

Okeh sambung kerja. Fighting !

Thursday, May 04, 2006

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.