Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Tuesday, March 28, 2006

Premium

Sebuah cerita "premium" untuk pembaca yang "high class". (harap-harap faham).

"Kami, pihak Pejabat Daerah berharap agar penduduk kampung mempercepatkan bayaran ukur tanah" kata orang tua berkumis itu. (bukan Dato' K).

"Jika cepat ukur, cepat selesai masalah penduduk" sambungnya lagi.

Aku diam. Tidak menyampuk perbualan orang-orang tua. Pura-pura menaip.

"Kami tiada masalah dengan bayaran ukur. Tapi bagaimana dengan bayaran premium tanah Dato'? Harap boleh buat rayuan pengurangan. Penduduk kampung bukan mampu sangat. Sekaki RM 2.50 sudah dikira agak tinggi. Kami harap Dato' berikan sokongan " rayu seorang penduduk.

Orang tua berkumis berpangkat Dato' itu mengerutkan dahi. Lantas.

"Mana boleh, jika begitu lambatlah proses geran nanti!" tegasnya.

Penduduk diam.

"Tapi ada cara lain saya nak tolong. Ada pemaju sanggup bayarkan premium tanah tuan tuan semua. Rumah flat sebagai ganjaran" bisik orang tua berkumis itu. Perlahan.

Terus aku mencarut (dalam hati). Semua ada agenda.

...............................................................................................

mira : no way hosay!
mira : pengemis pun buleh duduk flat skrg

Thursday, March 23, 2006

Jantung

Tidak tahu,
mengapa ia begitu.
Tidak tahu,
mengapa semakin laju,
Laju..laju..laju.

Bukan laju biasa.
LUAR BIASA.

dup..
dup..
dup..

Biarkan, biarkan,
Hati membungkam.

Tuesday, March 21, 2006

Awek Suci.

Pohon itu nampak rendang. Umurnya sudah melebihi Pasar Besar Klang yang terletak bertentangan. Ranting pokok itu menaungi separuh dari jalan rizab MPK selebar 10 kaki. Di bawahnya terletak kerusi meja yang menyambut tetamu gerai nasi lemak seberang sana. Gerai-gerai nasi lemak sederet itu melebarkankan pasaran di bawah pokok rendang itu. Ada persaingan. Dulu ada satu gerai sahaja. Sekarang sudah beranak tiga.

NASI LEMAK PANAS.
NASI LEMAK AYAM.
UDANG.SOTONG.

Di tepi jalan, sebuah kereta Wira cuba membetulkan kedudukan. Berjaya walau lambat. Kereta dimatikan. Lampu dipadamkan. Seorang lelaki yang berumur keluar dari pintu pemandu. Disusuli isterinya dari pintu yang satu lagi. Tiba-tiba Faris menjerit kecil ..

AWEK SUCI !

Aku berhenti makan. Nasaruddin juga. Terus memandang ke arah kereta itu. Tiga orang wanita bertudung labuh melangkah keluar dari pintu belakang. Anak-anak pakcik itu mungkin. Mereka menghala ke gerai nasi lemak lagi satu. Aku tahu obsesnya Faris pada wanita bertudung labuh semenjak dari UiTM. Membiarkan matanya menghayati awek-awek suci itu ..

Aku,
sambung makan. Lapar. Senyum ingat orang ..

Nasaruddin,
sambung makan. Tak pandang lama. Sudah bertunang.

Faris,
tak sambung makan. Sengih sampai telinga.

Sunday, March 19, 2006

Hehe

Status YM En Bert : Hujan..camne nak balik..nyesal naik motor arienie..:( (macam wanita la bert)

Aku : sian..
AKu : aku tumpang simpati..
bert : bagus ko msg aku
Aku : aku memahami..sebahagian dari ahli permotoran
bert : aku nak sembang ngan ko
Aku : haha ye ker..
Aku : u perlukand teman ke
Aku : tak sangka.
Aku : kahkakhhka
bert : http://ukhwah.com/viewtopic.php?forum=31&topic=21202&start=0
bert : apa pendapat ko?
bert : aku nasihatkan ko..pegi pasar malam..sesapa ko nak..ko terus suruh mak ko pilih dia
Aku : kejap
bert : thats all
bert : asalkan jawa
Aku : ha
Aku : takyah
Aku : jawa skang tak cam dulu
Aku : 10 tahun..berubah banyak'
bert : jawa skang camner?
Aku : loratt..

Thursday, March 16, 2006

Yahudi

Satu hari di Kg. Bukit Best.

"Kekadang dalam hal ini, kita harus bersikap seperti Yahudi. Kita harus terus menekan mereka. Mereka sudah jadi bapa Yahudi, kita mesti jadi anak Yahudi ".

Sorang angguk. Lain-lain diam. Kurang faham.

"Bukan menjadi Yahudi keji seperti JKKK yang sentiasa menindas penduduk kampung. Kita tanamkan sikap Yahudi yang terpuji. Sikap tidak putus asa itu mesti menjadi anutan".

Ramai angguk. Faham.
SETUJU.

Wednesday, March 15, 2006

Sinar Mata Kekasihku Tidak Seperti Bintang Timur

Sinar mata kekasihku tidak seperti bintang timur ;
delima merekah jauh lebih merah dari merah bibirnya ;
rasa pipinya tidak sehalus pauh dilayang ;
bentuk mukanya tidak seindah bujur sirih ;
urai rambutnya tidak secantik ikal mayang ;
tidak seperti gading giginya, walaupun putih ;
harum minyak wangi jauh lebih mempersona
dari harum tubuh si adik yang kucinta.
Suka kudengar suaranya , walaupun kutahu
bunyi puluh perindu jauh lebih merdu.
Aku tak pernah melihat bidadari menari ;
kaki kekasihku sentiasa bertapak di bumi.

Walaupun begitu, demi Tuhan, kekasihku luar biasa ;
tak kurang dari mereka yang dipalsui kata-kata.

saduran "Soneta 130" - Shakespeare
Salleh ben Joned

Sunday, March 12, 2006

Kena Tag

Tag hari minggu oleh Nazirah.
Tidak mengapa, hari minggu ini diperuntukkan untuk melayan wanita.
Hari Wanita Sedunia kelmarin.

Wanita ;
tiang negara ?
Pemuda ;
tukang panjat tiang :p

4 jobs
graphic designer
web designer
into management
into concrete

4 movies
saturday night fever
my sassy girl
windstruck
ima, aini yukimasu

4 places I lived
klang
shah alam
klang
shah alam

4 vehicles I own
small bicycle
big bicycle
110SS
lagenda

4 albums I can't live without
sohaimi meor hassan - the greatest
full house OST
my name is sam soon kim OST
my sassy girl OST

4 places I'd rather be
pulau perhentian / terengganu
london (meet gijoe)
belslow
KLIA.

4 of my favorite food
yee mee hotplate
ayam masalla
sambal tempe
lamb chop

4 favorite TV series
winter sonata ha ha.
al kuliyah
debat perdana
national geographic ?

4 sites I visit daily
umno-reform
friendster
my blog
her blog

4+4+4 of you, please carry this tag
her
nurul
koben ? will you jantan? haha
jaja
leo
medusa
mira, a parit digger.
miera
tok rimau ha ha.
juniza
shadia
lisa

dan yang lain-lain.

Thursday, March 09, 2006

Debar ; Resah

Debar hati ini ,

mungkin sehari ;
seminggu ;
sebulan ;
setahun ;
berkurun .

adadia 2/3/06 1.03 am
(23 Jan 03 - 10 March 06)

Tuesday, March 07, 2006

Kulit



Kalau boleh dikatakan ini sebagai kulit sebuah cerita , aku tatau.
Background putih. Perlukah sedikit pembaharuan?
Isi cerita ini ? 2 3 tahun lagi mungkin.
Lindot tetap sabar menunggu. Aku tau.
Tak jiwang. Sentimental je ha ha ha.
Kekasih Siti berkumis tebal ? Jangan menangis jejaka-jejaka.
-----------------
sniiffit: sah² bukan ko ler wak
sniiffit: ko mana ada kumis
sniiffit: kalau ada pun x tebal mana
sniiffit: mcm bulu ketiak aku aje

Sunday, March 05, 2006

Yang ditunggu.

Myspace.com, one of the most popular teen Web sites, has been banned from schools in Florida's eighth largest district.

No Place Here For MySpace .

Wednesday, March 01, 2006

Kemelut.

Hari ini.
Minyak naik.
Semua naik.
Naik angin.

Aku.
Naik motor aje.

Semalam.
Air paip ada bau.
Akhbar kata ada E-coli.
Syabas SYABAS.

Aku.
Masih seronok guna telaga.
Air telaga awet muda.