Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Tuesday, March 21, 2006

Awek Suci.

Pohon itu nampak rendang. Umurnya sudah melebihi Pasar Besar Klang yang terletak bertentangan. Ranting pokok itu menaungi separuh dari jalan rizab MPK selebar 10 kaki. Di bawahnya terletak kerusi meja yang menyambut tetamu gerai nasi lemak seberang sana. Gerai-gerai nasi lemak sederet itu melebarkankan pasaran di bawah pokok rendang itu. Ada persaingan. Dulu ada satu gerai sahaja. Sekarang sudah beranak tiga.

NASI LEMAK PANAS.
NASI LEMAK AYAM.
UDANG.SOTONG.

Di tepi jalan, sebuah kereta Wira cuba membetulkan kedudukan. Berjaya walau lambat. Kereta dimatikan. Lampu dipadamkan. Seorang lelaki yang berumur keluar dari pintu pemandu. Disusuli isterinya dari pintu yang satu lagi. Tiba-tiba Faris menjerit kecil ..

AWEK SUCI !

Aku berhenti makan. Nasaruddin juga. Terus memandang ke arah kereta itu. Tiga orang wanita bertudung labuh melangkah keluar dari pintu belakang. Anak-anak pakcik itu mungkin. Mereka menghala ke gerai nasi lemak lagi satu. Aku tahu obsesnya Faris pada wanita bertudung labuh semenjak dari UiTM. Membiarkan matanya menghayati awek-awek suci itu ..

Aku,
sambung makan. Lapar. Senyum ingat orang ..

Nasaruddin,
sambung makan. Tak pandang lama. Sudah bertunang.

Faris,
tak sambung makan. Sengih sampai telinga.

11 Comments:

Anonymous Anonymous said...

nape faris?..8-}

7:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

makan slow slow skit shah.. kang tercekik
kepala ke lain.. mata ke lain.. tangan ke lain :P

ckp kat kawan ko.. meh dok kg aku kat taiping. hari2 bole tgk budak SAR Maahad Tarbiah Al lslamiah yg dok menyewa kat umah sebelah

10:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

tul tu koben, sib baik Shah tak suap kat idung..heheh,

bagus la kalo taste dia camtu, tapi zaman skang ni.."macam2 ada" ehehe:P

7:56 AM  
Blogger Nazirah Ashari said...

faris mesti tak pg ngorat kan?! hehe...

setiap manusia punya citarasa berbeza...

6:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

entah lah...
macam macam ada ek
ntah la ada apa yg terselindung di balik tudung labuh tu kan :D

11:59 PM  
Anonymous Anonymous said...

haha..ape ye koben?
maksudnye: kalo pakai tudung labuh tu mmg la bagus, menutup aurat kan? tapi tak boleh la directly judge org dari tudungnye..tudung boleh beli..tapi hati tu? tuan dia ajer tau cemane kan? tapi kalo tak tutup tu ttp bedose..

ep, ape ada dalam hati shah? ADADIA? eheheh:P

10:07 AM  
Anonymous Anonymous said...

byk kosa kata yg aku tgk saja diwujudkan yg tak sesuai pada keadaan..

ko perlu pandu ayat2 ko tanpa perlu memaksa perasaan ko bermain dengan setiap ciptaan itu..

Jap..ada barang best nak kasi :

Assalamualaikum...

petua ni dari DR FATIMAH AZZAHRA.sesiapa yg nak sentiasa dara walau pun dah tak berdara
cubalah cara ini..

1) lepas solat isyak amik air segelas,baca alfatihah sekali,ayat kursi sekali dan surah al waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali

2)tiup kat air sambil niat dalam hati utk menjaga kecantikkan diri dan utk kebahagiaan rumahtangga kita

3)minum laa air tu hingga habis...

11:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

tukang senyum ja~~~ :)

5:09 PM  
Blogger adadia said...

shizukana : kerana dia kawan saya.

koben : moga ko jumpa sorang.

nurul : macam-macam ada.

nazirah : tak, dia pemalu.

brew : aku bercerita. bercerita perlukan sebuah penerangan, sebuah jalan.

medusa : senyum gak ngeeeeeeeee.

7:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

Best regards from NY!
Carbon fiber porsche part Conferencing services tele running boards online business cards uk Free greeting business card tattoo business cards find stationery business in zurich Sears kenmore oven parts Promo business cards panty pissing penis pills Norton antispam 22 2005 royal oldsmobile Dedicated dishwasher drain software review business card mac

1:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

Excellent, love it! Levitra recrational useage Fishing lodge northern ontario Dial up internet service providers utah Pics of breast enlargement with herbs refinance house loans hummer emblem chubby men Car cover company Allison mack lesbian efficiency fuel hummer

11:42 AM  

Post a Comment

<< Home