Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Friday, September 30, 2005


some people says "picture speak better than words".

Tuesday, September 27, 2005

di pondok kecil ..
di pantai ombak ..
berbuih putih ..
beralun-alun ..

Sunday, September 25, 2005

kemana jua aku mengarah,
pandanganku menggambarkan wajahmu,
oh kasihku dilangit tinggi,
di lautan yang sedang menari,
biarpun aku memejam mata,
pandangan masih menggambar wajahmu,
berseri di cermin hati,
di taman impian yang kuimpikan,
kasih wajah kau ku jadikan azimat,
penguat semangat,
bisaku gagahi cabaran yang datang...



kasih ku harap kau sudi maafkan aku yang meminjam,
wajahmu..mengisi kekosongan hati,
diriku yang semakin tenggelam,
ke dasar sepi yang tak bertepi ..

Teachers Pet - Kasih (Ku Pinjam Wajahmu).

*welcome back.

Friday, September 23, 2005

Rain, heavy rain.
Mungkin Pengerusi SYABAS kita tersenyum.
Empangan penuh.
Alhamdulillah..
jika tidak 15 hari lagi kita tidak mandi dengan sempurna.

Today,
Maha asked me bout computer (HP or Dell),
I'm HP's !

Today,
I'm frustrated.
I dont have enough money to buy player.
(Its all bout Managerzone).
WHEN EVERYBODY WANT TO BE CHELSEA !
English players are overpriced !

Today,
Dinner with Zamri at Batu Belah.
He bring along someone (too special too him).
(Zamri, she's the right person! so apa lagu mau tunggu!).

Somebody enjoy "sampaning" there.
Waterbot towards St Mark Square.
I decide not disturb the holiday.
Have fun :). Sarang-he.

seandainya kau ada disini denganku
mungkinku tak sendiri
bayanganmu yg selalu menemaniku
hiasi mlm sepiku..
acececececcee.....

Thursday, September 22, 2005


Art Fazil - Merindu Kepastian

Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama

Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua

Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu

Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi

Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti

Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku


* Art Fazil Biography

p/s :- a song to remember.

Tuesday, September 20, 2005

Im tired.
Really dont have much time.
Will update soon with story,
story of my life.

She will heading to Venice tomorrow morning.
A payback holiday.
Dont forget to snap a moment.
Love to have update you.

Sleep is better .. ZzzzZzz

Saturday, September 17, 2005

Hari ni utk rest.
Byk kenduri kawin & kenduri nak puasa.
Dengar lagu 3 Doors Down - Here By Me. Best plak.




Tgk film ni, tajuk A Moment To Remember (Korean),
Cerita ttg pesakit muda Alzheimer.
But the best thing, cerita ni ada related ttg work aku.
Tentang pakaian..dan lain lain (tgk mamat atas tu)..
Sorryla tak smart, selekeh je kerja hehe.

p/s : En Zamri, awal tahun depan leh la makan nasi minyak. Aku ngan Kayon lambat lagi, ko go on dulu ngan Faiz hehe.

. miss u

Thursday, September 15, 2005

apa yang mengganggu tidurmu .. ?

nyamukkah ?
liga juara-juara eropahkah ?

Tuesday, September 13, 2005



Sohaimi Meor Hassan - Sandarkan Resahmu Di Bahuku

kasih,
bisikkan padaku,
tentang sucinya cintamu,
agar padam keraguan ini,
buangkan semua risau di hati..

kasih,
berjanji padaku,
kau kan setia menunggu,
agar cinta yang telah berbunga,
pasti subur selama-lamanya..

hulurkan,
jemari lembutmu,
rebahkan resah di wajahmu,
sandarkan bersama semua harapan,
di atas .. bahuku ...

kasih,
marilah bersama,
kita memohon pada-Nya,
agar cinta yang mekar ini,
sentiasa segar dan abadi ...

Monday, September 12, 2005



theme song dari Love in Magic.
Nak tgk silap mata best boleh la download cerita ni.

Sunday, September 11, 2005



Mungkin dalam masa 5 tahun rumah anda salah satu seperti di atas? Tidak mustahil tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

*Baiknyer la jiran aku. Buatkan kebab.

*Yang jauh call aku 1 jam 4 minit (terharu gak sbb call lama camtu).

*Mencari torrent utk grammar & polymer (Gijoe's request). Gijoe tak mengaku dia pandai English , dia still nak study grammar hehe.

Saturday, September 10, 2005

pulang dari Petaling Jaya..
budak kampungku join Futsal paper Kosmo,
tapi bungkus awal..
takpela..
nice try kataku.
budak-budak bawah 18 tahun..
tapi masuk kategori terbuka..
lawan orang tua..
next time ada lagi..

terus singgah Coffee..
menjenguk rakan-rakan..
terlalu boring untuk hari ni..
kosong je life..
walau kerja banyak lagi tak selesai..

sepatutnya..
waktu-waktu begini hidup tidaklah sunyi..
tapi entahlah..
feel strange lately..
i feel empty..
i feel lonely..
i need you beside me..
i need u ami.....
i need u on January.

Friday, September 09, 2005

dulu aku menolak makanan..
kerna lebih senang ditemani asap..
setelah asap tiada..
aku mengejar makanan di dapur..
"mak, masak apa hari ni? kalau nak pesan lauk cakap je"

tapi sayangnya..

semuanya ada had..
perut tidak boleh menerima..
makan lemak berlebihan kepalaku pening..
makan minyak berpanjangan..mindaku runsing.

Tapi Ramadhan makin hampir..
perutku suka..berehat katanya.

*(kentang goreng penyebab utama barah payudara, mungkin untuk payujantan juga (kalau ada)).

Wednesday, September 07, 2005

Ima Ai ni Yukimasu (Be With You), satu cerita Jepun, terlalu touching. Kisah kasih sayang antara family..mmg touching gila..sedih atas kehilangan ibu.. tatau nak describe camne, but leh tgk review kat <<SINI>> . Ada trailer dan yang paling penting TORRENT! Tgk cerita ni sampai tak ingat perut lapar.

Monday, September 05, 2005

hari minggu yg padat..takde masa untuk berehat.
tapi takpe..semuanya untuk dunia.

sakit bahu dan tengkuk sudah reda,
hampir beli painkiller,
if kena lagi sekali..WAJIB pergi Farmasi Kerayong..

Banyaknyer kerja, rasa cam nak meletup kepala,
bukan mengeluh.. tapi dah lama takde kerja menggunung..

Time-time camni teringat zaman sekolah dulu..
Hostel semua lelaki .. takde jiwang-jiwang..
Kitorang susah nak contact ngan dunia luar..
So ..kitorang curi line public..and line orang dewan makan (projek lepas Subuh)
Kitorang curi line telefon sbb nak call rumah..
dan dengar lagu-lagu 600 tu..HEHEHE!
Lagipun saja nak pekenakan mat gayut kat hostel..
Public phone ada satu je .. tapi sorang-sorang bawak duit syiling segenggam.
Manaleh tahan nak tunggu..
So..pergi Sogo beli connector (SOGO haha! tahun 1997 tu..), wayar tepon guna solenoid loceng bomba je..
Telefon..seludup masuk oleh Zarfan ..
Aku? ushar line je HEHEHE!
Orang gi solat maghrib kat surau, kitorang panjat bumbung pejabat hostel sbb nak sambung solenoid ngan wayar tepon..
Malam minggu tu, orang lain sibuk keluar..kitorang melayan lagu-lagu dangdut (jadilah, asal ada lagu)

Bebudak sekolah teknik ni mmg pelik sket aktiviti..
Perangai dibawa sampai ke Universiti..
(Tak percaya tgk budak engineering UTM & Uitm ),
Kalau kat Seksyen 2, asap paling kuat kepul budak engineering,
Masalah dunia kut diorang pikir (termasuk aku la tu . dulu la time merokok, skang stop, ada doktor nasihat suruh benti)


Dulu kitorang malas study sebenarnya ... (tapi SPM score hebat hebat ehehe, tapi takleh lawan la budak MRSM Taiping :P )
Masuk kelas.pukul 10 pagi dah start tidur..sampai pukul 2 ptg.
Hape pun tak study..cikgu malas dah nak bising..
Bukan kelas aku je..satu sekolah !
Pergi sekolah pakai kasut boot hitam..
Air milo yang tak sedap jadi sedap..
walau dicecah biskut lemak je..
Ikan jeket pun lazat ..
Bebudak tak puas hati pasal dewan makan..
Buat complain kat AJK Dewan Makan (aku la antara AJK tu, bes tak jawatan aku? haha)
One day tu, orang dewan makan tak sediakan minum malam..
Apa lagi..riott..sapu biskut lemak sorang sekotak..

Bebudak letrik suka repair board radio..
Dimana ada plug letrik, Di situ mesti ada sorang budak letrik..(wakil plug)
Aku tatau apa diorang pateri .. hari hari memateri lak tu.
Aku, as civil engineering ni bukan selalu bancuh simen..
So isi masa kemas locker, basuh baju and tulis note..
Dan melarikan radio time warden sampai ! hehe
Maklumlah, warden jumpa radio & walkman mesti kena pecahkan..
Mmg banyak jasa bebudak elektrik ni..
Bakhtiar Hadi, mamat ni tebuk siling untuk letak speaker..
Dia kata .."subwoofer paling best di abad ini"
Radio letak dalam tilam..wayar halus halus..
Dah kawin pun dia..

Budak mechanical apa ek kerja diorang? yang pastinya semua study last minutee!

One more thing, sapa-sapa yang "rambo" (atau hostel lain sebut 'fly') beli rokok, then ada Gudang Garam..dah tahu sapa punyaa! TONO..pelacur Asri ! hahahahahaha.

Saturday, September 03, 2005

what a shoulder.

Tak keje.Nk p bekpes n town hehe.Prob ol ptg2 sket.Cya

Thursday, September 01, 2005

Merdeka Bimbang

Selamat Hari Kebangsaan yg ke 48.
Tiada bunga api, tiada perayaan untuk aku.
Aku malas nak celebrate, mengelakkan jalan sesak & lain-lain.

Update blog di tengahari, mencuri masa sedikit.

---- & ---

Masa tak banyak lagi ..
hampir tiada masa ..
lantas bimbang tiba..
dia bermain di ruang fikiran..
takut ..kehilangan.
walau manusia terpaksa hadapi segala kemungkinan.

Menghargai atas penerimaan diri walau tidak sepenuhnya..
dan harap ia kekal begitu.
Tidak mahu ia pergi,
Apetah lagi melepaskan ia berlari..
jauh...

---- & ---

Erm, rupanya pic yg ke Spain aku tak tgk sepenuhnya.
Hari ni baru perasan something, ada berbeza. Nantilah kami bicara.