Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Monday, September 05, 2005

hari minggu yg padat..takde masa untuk berehat.
tapi takpe..semuanya untuk dunia.

sakit bahu dan tengkuk sudah reda,
hampir beli painkiller,
if kena lagi sekali..WAJIB pergi Farmasi Kerayong..

Banyaknyer kerja, rasa cam nak meletup kepala,
bukan mengeluh.. tapi dah lama takde kerja menggunung..

Time-time camni teringat zaman sekolah dulu..
Hostel semua lelaki .. takde jiwang-jiwang..
Kitorang susah nak contact ngan dunia luar..
So ..kitorang curi line public..and line orang dewan makan (projek lepas Subuh)
Kitorang curi line telefon sbb nak call rumah..
dan dengar lagu-lagu 600 tu..HEHEHE!
Lagipun saja nak pekenakan mat gayut kat hostel..
Public phone ada satu je .. tapi sorang-sorang bawak duit syiling segenggam.
Manaleh tahan nak tunggu..
So..pergi Sogo beli connector (SOGO haha! tahun 1997 tu..), wayar tepon guna solenoid loceng bomba je..
Telefon..seludup masuk oleh Zarfan ..
Aku? ushar line je HEHEHE!
Orang gi solat maghrib kat surau, kitorang panjat bumbung pejabat hostel sbb nak sambung solenoid ngan wayar tepon..
Malam minggu tu, orang lain sibuk keluar..kitorang melayan lagu-lagu dangdut (jadilah, asal ada lagu)

Bebudak sekolah teknik ni mmg pelik sket aktiviti..
Perangai dibawa sampai ke Universiti..
(Tak percaya tgk budak engineering UTM & Uitm ),
Kalau kat Seksyen 2, asap paling kuat kepul budak engineering,
Masalah dunia kut diorang pikir (termasuk aku la tu . dulu la time merokok, skang stop, ada doktor nasihat suruh benti)


Dulu kitorang malas study sebenarnya ... (tapi SPM score hebat hebat ehehe, tapi takleh lawan la budak MRSM Taiping :P )
Masuk kelas.pukul 10 pagi dah start tidur..sampai pukul 2 ptg.
Hape pun tak study..cikgu malas dah nak bising..
Bukan kelas aku je..satu sekolah !
Pergi sekolah pakai kasut boot hitam..
Air milo yang tak sedap jadi sedap..
walau dicecah biskut lemak je..
Ikan jeket pun lazat ..
Bebudak tak puas hati pasal dewan makan..
Buat complain kat AJK Dewan Makan (aku la antara AJK tu, bes tak jawatan aku? haha)
One day tu, orang dewan makan tak sediakan minum malam..
Apa lagi..riott..sapu biskut lemak sorang sekotak..

Bebudak letrik suka repair board radio..
Dimana ada plug letrik, Di situ mesti ada sorang budak letrik..(wakil plug)
Aku tatau apa diorang pateri .. hari hari memateri lak tu.
Aku, as civil engineering ni bukan selalu bancuh simen..
So isi masa kemas locker, basuh baju and tulis note..
Dan melarikan radio time warden sampai ! hehe
Maklumlah, warden jumpa radio & walkman mesti kena pecahkan..
Mmg banyak jasa bebudak elektrik ni..
Bakhtiar Hadi, mamat ni tebuk siling untuk letak speaker..
Dia kata .."subwoofer paling best di abad ini"
Radio letak dalam tilam..wayar halus halus..
Dah kawin pun dia..

Budak mechanical apa ek kerja diorang? yang pastinya semua study last minutee!

One more thing, sapa-sapa yang "rambo" (atau hostel lain sebut 'fly') beli rokok, then ada Gudang Garam..dah tahu sapa punyaa! TONO..pelacur Asri ! hahahahahaha.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you!
Activities incorporating the lousiana purchase Allergic shiners and clear runny nose and sleepp degree education english online

12:49 PM  

Post a Comment

<< Home