Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Sunday, January 21, 2007

Istimewa

Juara Lagu kali ini mungkin yang terbaik pernah ditonton.
Adibah Noor layak untuk menang, Terlalu Istimewa ..

Monday, January 15, 2007

Sedetik

"Ada orang yang berpakaian hebat dan penampilan yang menarik , tetapi mereka itu kosong dan tiada apa-apa. Ada orang yang nampak biasa, berpakaian simple tetapi mereka itu boleh diharapkan. Jadi jangan menilai buku dari kulitnya....." - Donald Trump.

"Kita mahukan usahawan Melayu yang bersifat kiasu. Mereka berani jatuh dan bangun semula. Kita tidak mahukan usahawan Melayu separuh peniaga dan separuh pentadbir - seperti golongan-golongan pentadbir GLC.." - Prof Diraja Ungku Aziz

------------

".....cuba-cuba bertanam sayang, moga-moga menjadi cinta "

Thursday, January 04, 2007

Rome

Lelaki itu nampak bingung - kadangkala termenung. Diputarnya pen biru itu beberapa kali. Matanya merenung kertas-kertas tebal putih yang berselerakan di atas mejanya. Tajam. Dadanya juga kelihatan naik menarik nafas yang panjang.

"Perlukan aku mengejar yang ini dan melepaskan yang satu ini? 25 tahun bukan masa yang pendek" tegasnya pada seorang lelaki lain.

"Kau harus hadapi semuanya. Sedarkah kau bahawa sungai juga kekadang mengalir lesu dan sebaliknya" jawab lelaki lain itu. "Tidak perlu aku terangkan lagi kerana kau sendiri pandai berfalsafah berbanding aku!" sambung lelaki lain itu sambil tergelak kecil.

Lelaki itu tersenyum lalu terus diam.

Diam.

Hanya lagu Joget Pahang yang berkumandang.

*25 tahun adalah tempoh bayaran balik rumah yang dibeli (orang kata).

----------------------------------------------

Kosong ;
bila kau tiada ;
duhai Rome.

Cuba-cuba bertanam mumbang, moga-moga tumbuh kelapa ..