Rome
Lelaki itu nampak bingung - kadangkala termenung. Diputarnya pen biru itu beberapa kali. Matanya merenung kertas-kertas tebal putih yang berselerakan di atas mejanya. Tajam. Dadanya juga kelihatan naik menarik nafas yang panjang.
"Perlukan aku mengejar yang ini dan melepaskan yang satu ini? 25 tahun bukan masa yang pendek" tegasnya pada seorang lelaki lain.
"Kau harus hadapi semuanya. Sedarkah kau bahawa sungai juga kekadang mengalir lesu dan sebaliknya" jawab lelaki lain itu. "Tidak perlu aku terangkan lagi kerana kau sendiri pandai berfalsafah berbanding aku!" sambung lelaki lain itu sambil tergelak kecil.
Lelaki itu tersenyum lalu terus diam.
Diam.
Hanya lagu Joget Pahang yang berkumandang.
*25 tahun adalah tempoh bayaran balik rumah yang dibeli (orang kata).
----------------------------------------------
Kosong ;
bila kau tiada ;
duhai Rome.
Cuba-cuba bertanam mumbang, moga-moga tumbuh kelapa ..

6 Comments:
oh rome. teringin gak nak pegi. tp cik kema bingung... tak der cerita pasal rome pun :P
Kalau umur dah 40 tahun tak layak 25 tahun dah.. ha ha..
Mumbang itu apa..?
Yo Yo wasssup!~ :P
shah ko bile nak kawen? aku tak sabar nak makan nasik minyak ko lah
nak pegi rome kaa, teringat org yang pegi rome :P
Mr Sempai Chung
Salam.
Rome? Mumbang?
Post a Comment
<< Home