Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Tuesday, April 25, 2006

Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri

Semalam, sementara "membind" dokumen di Kompleks MAIS Seksyen 3, Shah Alam terlihat satu kedai buku yang agak baru, Cawangan Koperasi Universiti Malaya Berhad. Pada asalnya ingin membeli fail kertas untuk menyimpan dokumen, tetapi terhenti kerana ruang belakang penuh dengan buku (yer, saya masuk melalui pintu belakang, dan kedai buku ini bukan homoseksual walaupun ianya boleh dimasuki dari pintu depan dan belakang).

Terlihat satu buku yang sudah lama dicari, dan tidak dijumpai walau di MPH sekalipun ! Karangan Pendeta Zaaba : Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Harganya murah, RM 5.30 .

Wednesday, April 19, 2006

Modem ditangkap gambar.

Lama tak online, disebabkan modem disambar petir.
Kerosakan dianggarkan beratus ribu rupiah.
Modem Aztech , switch D-Link & NIC Linksys mengucapkan selamat tinggal.

"Wahai tuan, kami tidak berdaya lagi menahan asakan torrent-torrent movie Korea. 24 jam kami bekerja, hampir setahun kami berbakti. Kami pencen dan kami rela menjadi korban En Kilat. Selamat tinggal tuan." Modem dan rakan-rakan.

"Pergilah, kan ku cari pengganti kamu. Lagi canggih lagi montel." Tuan modem.

Saya akan kembali dalam waktu terdekat utk menyuarakan longgokan hasrat hati dan minda.

Sebelum terlupa, sukalah saya memperkenalkan Dadih.
Produk keluaran Bumiputera. Satu produk dari seorang rakan,
Dadih Mocha Thai.











Lawati www.dadih.com

...................................................................................................

Muat turun lagu Kahita - Aku, Dirimu dan Dirinya di link http://download.yousendit.com/3AAE40104DE656FB

..................................................................................................

Artikel-artikel tentang Prof Diraja Ungku Aziz.

http://www.graduan.com.my/graduan/annuals/2005feature04.taf
http://www.brandmalaysia.com/movabletype/archives/2005/07/ungku_aziz_stat.html
http://bernama.com/bernama/v3/news.php?id=145538
http://mistique.i8.com/tragedi_pemikiran_melayu.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
http://www.zakat.com.my/berita/news-3-0802.html
http://www.islamhadhari.net/v2/artikel/artikel_detail.php?nkid=37

Thursday, April 13, 2006

Ratu Cantik.

Gadis Melayu tidak perlu memasuki pertandingan ratu cantik.
Gadis Melayu semulajadi menawan.
Jika menang mungkin faktor pakaian mandi.

Jangan dedah mutiara di atas kepalamu ......... buka tudung
Mutiara tercemar harus digilap selalu ........... pergi salon.

RM 30 - salon (tahan 2 bulan)
RM 50 - tudung bawal / tudung mawi ( tahan sampai mati).

" Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat "

p/s : suka gadis Pantai Timur .. nasibler..

Wednesday, April 12, 2006

SEMINAR PENCINTA BUKU MALAYSIA 2006







SEMINAR PENCINTA BUKU MALAYSIA 2006 (MASUK PERCUMA)

Tarikh : 20 April 2006

Tempat : Dewan Utama Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Tarikh : 9:00 pagi - 5:00 petang

Monday, April 10, 2006

Kendiri.

"Bawalah anak-anak anda ke kebun , supaya dapat melatih sifat kendiri .... . "

Kata seorang penceramah motivasi di satu kursus yang membicarakan masalah Melayu.

Pola pemakanan juga harus ditukar di sekolah-sekolah. Untuk lebih lanjut, carilah artikel-artikel Ungku Aziz tentang pemakanan.

p/s : lantiklah Menteri Pendidikan yang bagus-bagus sikit !

Thursday, April 06, 2006

Purba

Satu Agenda Puak Tidak Bertamadun.



"Singkirkan imam muda itu." A bersuara.

"Bagus juga. Tapi tiada imam pelapis nanti." B separa membantah.

C diam. Makan roti canai.

"Kita import imam luar. Selesai masalah." A menegakkan bulu idea.

"Tapi Imam muda itu terlatih. Lagipun dia jurutera. Berilmu." B cuba mengendurkan bulu si A.

"Begini, ko katakan pada YB bahawa imam muda itu penganut parti Panadol. Habis cerita." A mengelimakskan bulu.

C tempah roti canai lagi.

Wednesday, April 05, 2006

Full House


Full House telah kembali ke TV8.

Sebuah cerita penuh memori. Ha ha ha ha.

Asrool mungkin tersenyum kerana mendapat torrent.
Orang lain gembira mendapat soundtrack.

Aku gembira mendengar lagu.
Bukan jiwang, ingat orang.
Anda pun begitu. Jgn tipu.

( song from Janno Gibbs called Fallin' . A singer from Philippines )

Monday, April 03, 2006

Cipan

Ini kisah benar.

Petang semalam, satu perlawanan bolasepak telah diganggu gugat oleh dua ekor cipan.

Akibatnya, salah seorang pemain lari mencicit dan hampir terkencing kerana dikejar dek salah seekor cipan itu.

p/s : cipan = tenuk = tapir .