Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Thursday, April 13, 2006

Ratu Cantik.

Gadis Melayu tidak perlu memasuki pertandingan ratu cantik.
Gadis Melayu semulajadi menawan.
Jika menang mungkin faktor pakaian mandi.

Jangan dedah mutiara di atas kepalamu ......... buka tudung
Mutiara tercemar harus digilap selalu ........... pergi salon.

RM 30 - salon (tahan 2 bulan)
RM 50 - tudung bawal / tudung mawi ( tahan sampai mati).

" Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat "

p/s : suka gadis Pantai Timur .. nasibler..

19 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

gadis melayu bukan setakat dah pandai tunjuk lurah dendam tapi dah pandai tunjuk pusat... dah pandai tunjuk seluar dalam..... hebat sungguh gadis melayu moden...

p/s tetap suka gadis jawa....

3:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

hmm? gadis melayu zaman skang ek? ehheeeh:P bukan sume tapi masih ada yg sedar kan..

*exam tiggal satu paper lagi yeaaa..!*

4:21 PM  
Blogger Mohd Asrool Hasbullah B Shuib said...

boleh dikatakan menyokong kate2 blackpurple...di MMu...ok lagi..di LINGKOWING...hang ALLAh saje yang maha mengetahui...

7:18 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tu belum campur yg dok obersi... ehehe.. Tak semua la.. dlm 10% jer.. 90% tu baik2.

8:04 PM  
Blogger Oimira said...

owhh..PANTAI TIMUR...
hehehe

*penggilap mutiara*

12:27 AM  
Blogger Koben said...

elok la tu..
sorang pantai timur
sorang *sekilat mutiara* :))
aku?
ehem ehem

9:36 AM  
Blogger Nazirah Ashari said...

kenapa?! gadis pantai timur sumer stok baik2 ke? tolong arr... mcm hampeh. I mean not everyone lah (dalam perkara ini kita merujuk kepada sebilangannya). Ada gadis-gadis K******* yang dtg KL stok sexy habis kalah member2 saya, kalah saya jugak(sexy ke nazirah? hahaha)... tapi bila ckp dgn loghat, hoih kantoi... hodoh semcam.dahlah tuh...sexy tak reti nak berfesyen...still look jinjang. nampak jenis pompuan rempit. tolong arr sket. and most of them (which is damn true indeed are those from pantai timur). Im sorry for these facts.

it's a matter of choice bende nih.saya pakai tudung. ya,walau agak baru (1tahun 4 bulan) dan sy menggalakkan org pakai tudung, but we dun force. sebab maybe kalau kita force dia akan buat mcm tudung nih small matter, nih ditujukan kpd those yg pakai tudung 9-5 nih. okaylah, u wanna wear tudung, u wear all the time. bila sy tgk this people kan, saya jadi mcm watthe****, jadi mcm hinanya saya (walau itu bukan saya).

saya harap apa yg kamu maksudkan by the entry is for those yg jenis bukak-pakai nih.

lagi satu, org pakai tudung KENE pegi salon. buat treatment sumer, jaga rambut, sebab pakai tudung la rambut kene jaga. kat salon, get a woman stylist, buat treatment, buat haircut sumer tuh. buat, takper. tak salah. jaga rambut sumer sebab perlu. tak salah pegi salon. kalau jenis yang pastuh nak tayang tu lah the problem. sekali lagi, we focus on those yg bukak-pakai nih.

ya, gadis melayu memang menawan. saya bukan. jawa lah...hahaha

9:46 AM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

zaman aku kat um jumpa sorang aweks ni kat kampus baik tudung labuh...tapi bila jumpa kat bukit gasing tangan dalam tudung....apa kes?

bukan sumer pompuan pakai tudung baik dan bukan sumer pompuan dedah aurat hampeh.

hati mau baik....aurat itu hal ko ngan tuhan...janji hal ko semasa insan ok.

aku pun suka aweks jawa

11:22 AM  
Anonymous Anonymous said...

nyanyi la lagu search..gadisku...baru best..

11:24 AM  
Anonymous Anonymous said...

bukan semua pompuan dedah aurat hampeh. setuju 100%. kat dunia ni mmg depa tak hampeh. tapi kat akhirat sana? kompom hampeh!

4:42 PM  
Blogger the artist and i said...

muhahhahaaahhahahahaha... setiap mata pandang.. lain tafsiran.. shah! bukak topic laki dah kawen.. (nak2 baru sethn dua kawen) tapi giat ada gf.. sian bini..
p/s.. pengalaman x-housemates ada skandal!!.. 3orang x-housemates dah kick!! dosa sendiri pun tak tertanggung.. lagi mau tanggung dosa orang!!..hahahhaa.. sometimes ter pk.. lelaki (yang suka skandal_ dan perempuan (which is their gf) cari apa dlm dunia neh.. pity on their wives yang tatau apa kan..
****** lari tajuk nampak! hahahhaha.. (minta simpang bila kawen my hubby tak camni.. if terima nasib camtu.. ku bawa diri buka galery!! hahaha..) tapi bukan di pantai timur okeyy!!..

6:42 PM  
Blogger maklang said...

Inilah dia dunia moden... Suruhan Allah dah banyak terabai... Mintak2 kita masih dibawah lindungan Allah sentiasa InsyaAllah...

9:03 AM  
Blogger hamka said...

siapa nak beli air oren yg tak 'bertudung'...kilang terlupa nak taruk tudung...

bagi free pun mungkin org tak nak...!

11:01 AM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

yes hamka cuaca pun tak nak klu aku botol dinch bertudung.....

11:39 AM  
Blogger adadia said...

Kalau ada tersinggung tu, maaf. takde niat dan maksud. Terima kasih kerana komen utk semua. Untuk lebih lanjut, boleh tanya ustaz blog kita, saudara Hamka.

12:26 PM  
Blogger Nazirah Ashari said...

takder yg harus tersinggung. nih general sumer nih

4:54 PM  
Anonymous Anonymous said...

Arak juga "bertudung". Ramai juga buta buta minum arak yg
"bertudung". Samada air oren mahupun arak yang bertudung atau tidak, yang penting adalah isinya (niat). Ikhlas kah niat insan itu hanya Allah SWT saja yang tahu.

Jangan hakimi peribadi seseorang tanpa usul periksa. Hukuman semua dtg dari Allah SWT. Jgn pula kita hukum orang ikut kepala kita. Ikut hati kita. Kita semua sama saja. Permukaan nampak bersih tapi bagaimana dalaman kita? Sama sama kita bernasihat bukannya kondem sesama insan. Nasihatlah dengan baik, gunakan akal bukannya mmeburukkan orang, mengikut hati.

Tersinggung tidak, cuma tidak mahu Islam di pecah pecahkan. Sudah cukup sekarang kita seislam di pecah pecah dengan mainan politik, bangsa berlainan, kenegerian dan keturunan serta pangkat. Janganlah pulak kita di pecahkan kerana Tudung. Memilih kawan kerana bertudung bukan seagama. Jika terus kita memilih jalan perpecahan, maka makin jauhlah mereka yg sesat dr kita, makin besar jurangnya mereka yang cetek agama dr kita. Kerana tiada lagi sesiapa yang sanggup membimbing mereka.

Saya tidak menyebelahi mana mana pihak, saya tidak sanggup kita sesama islam bermusuhan dan mengutuk sesama sendiri dan melihat org kafir mentertawakan kita kerana tidak bersatu.

2:50 AM  
Anonymous Anonymous said...

hrmm pantai timur ek?;P

betul pn tk sumer org bertudung ni baik n sebaliknyer.tp bertudung tu hukumnye wajib.mcm solat gak, ader gak org yg solat tp still masih mungkar.Allah nk terima atau tk amalan seseorg tu bukan utk kite menilainye..tp sekurang2nyer suruhan Tuhan tu dikerjakn juga..

tepuk dada tanya iman

7:36 AM  
Anonymous Anonymous said...

Yela, pakai tudung tak semestinye baik tapi sekurang-kurangnya satu benda dah selamat, kalau tak pakai tudung pun tak semestinya jahat. Tapikan kalau dah baik kat dalam mestilah nampak kat luar. Maksudnya, kalau betul beriman dan baik tu mestila pakai tudung jugak kat luar. Yang hampeh tu tak yah cerita la, diorang dah keluar tajuk. Pakai tudung sebab mak suruh bukan sebab lepa yang betul2 nak pakai, jadi diorang tak masuk la dalam kelompok ni. Yang tak pakai tudung tu, memang la boleh jadi orang baik, bersopan-santun, hormat ibu bapa dan semua. Tapi tu jugak menunjukkan yang dia tak sedia lagi menjadi mukmin sejati memandangkan menutup aurat tu dah memang wajib macam solat.

Jadi, sedar-sedar la baik yang yang bertudung ngan yang tak bertudung tu. Yang lelaki pun sama, harap perempuan melayu jaga maruah la, pandai jaga hati orang la, pandai masak la, lemah lembut la(ee kalau takat sotong aku pun tak hingin) tapi yang bagi cemar nama orang melayu ni lebih banyak geng diorang jugak. Hisap dadah la, ikut kawan tunjuk kul la, gangsta gangsta plak main, hisap rokok, maleh keje, ngada-ngada, tak leh harap, pemalas semua dia jugak. Jadi sapa makan cili tu cermin cermin jugak la diri sendiri sebelum nak kutuk sapa-sapa. Lagipun siapalah mat rempit tanpa minah rempitnya? Dia kena ada dua dua jugak jadi jangan berangan la nak perempuan baik la, perempuan yang virgin la, pandai jaga maruah la, pandai mengaji la, dia sendiri pun hampeh. Lelaki ketua rumah tangga, kalau dia tu hampeh maka hampehlah seluruh isi keluarganya. Kurang-kurang kalau perempuan hampeh leh gak sapa-sapa betulkan, laki dia ka, ayah dia ka. Laki sapa? Ha jawab jawab cakap isteri x semestinya dia nak denga. Silap silap lempang lempeng semua naik kat muka.

1:25 PM  

Post a Comment

<< Home