Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Sunday, August 06, 2006

SUPPOSED

Runsing itu tiba-tiba mengganggu.
Memecah-mecah idea yang sudah digarap.
Merobek jalan-jalan entri.

Natijahnya, tiada nukilan untuk hari ini.

Hanya runsing.

Kepala pusing.

Terbayang perumpamaan "beruk" yang disebut oleh MB Pahang & KJ.
Sebenarnya ada cerita tentang beruk. Dan tentang pegawai-pegawai DBP ditukar 24 jam selepas terbitnya satu satira beruk ; MAHARAJA BERUK & BERUK-BERUK LAINNYA.


........ Beruk Mat Yeh, pembantu Maharaja Beruk, berasa bangga setelah memperagakan dirinya yang berbakti itu.

"Bagus, bagus. Hang ini seekor beruk yang sungguh setia kepada aku. Jangan bimbang. Adalah upahnya nanti. Siapa saja yang memberi taat setia kepada aku,sanggup berkorban kerana aku, tentu aku tak lupa jasa-jasa mereka itu. Hang mesti cerita pada semua juak-juak kita supaya mempercayai apa aku kata. Aku tak pernah berbohong pada rakyat aku. Kalau aku bohong pun perkara-perkara kecil saja. Itu bohong sunat kata manusia yang beragama. Hang pun tau aku gunakan agama itu untuk menipu manusia. Tapi kaum beruk, kera dan lutung seperti kita ini tak ambil kisah sangat tentang agama, betul tak?"

Beruk Mat Yeh menjawab, "Betul boss. Kita pentingkan harta dan pisang-pisang yang besar dan panjang saja untuk menjaga kepentingan anak-anak dan cucu-cucu kita." .......

14 Comments:

Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Pedulikan beruk2 dan bapak2 beruk..yang pasti aku juga suka eh lebih tepat lagi GILA TEMPE hari2 lauk aku mesti tempe heheheee

salam kenal

2:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

hahaha.. beruk2..perangai yg canggung macam beruk la..hahaha siapa yek?

4:05 PM  
Blogger the artist and i said...

spesis beruk ada kat umah

5:54 PM  
Anonymous Anonymous said...

beruk?
ehehhehe:P

9:17 PM  
Anonymous Anonymous said...

seperti biasa...saya masih suka gaya adadia menulis blog..walaupun agak lama tak berkunjung ke sini..hehe

10:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

seperti biasa...saya masih suka gaya adadia menulis blog..walaupun agak lama tak berkunjung ke sini..hehe

10:40 PM  
Blogger weAr said...

terfikirkn `beruk2` yg membuat bising dlm parlimen satu ketika dulu...

3:30 AM  
Anonymous Anonymous said...

..Imagine no possessions
I wonder if you can
No need for greed or hunger
A brotherhood of man
Imagine all the people
Sharing all the world..

imagine by john lennon

---------------------------
kan ke bagus camtu...

p/s: amik yang baik sahaja yeee.. yang tak elok tu jangan dicontohi plak. hihi

12:32 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Suka juga tengok bila 'beruk' melatah......

5:03 PM  
Blogger tumismenumis said...

Ada beruk atas pokok, ada beruk dalam parlimen, ada beruk masuk U.
Ada kah mereka ini dari kaum yang berlainan, beruk, kera atau lutung?

8:36 PM  
Blogger BuHSaNz said...

Kat tepi kampus aku nih byk beruk..tataulah ade kaitan ke x ngn citer ko nih..;)

9:03 AM  
Blogger adadia said...

Aku Bukan Bidadari : hehe yeah. tempe sedap.

anonymous : bersidai kat shopping kompleks cam beruk.

Ayu : sapa? member?

nurul : aha beruk. takleh goreng.

jun : saya tak setanding faisal.

johanlennon : lagu peberet aku tu.

wear : beruk lambang apa? yg mana satu hehe.

blackpurple : beruk mana yang suka melatah? beruk parlimen ? haha

mazudi : maharaja mereka adalah beruk. dikalangan bawahan terdiri dari beruk kera dan lutung. terima kasih melawat.

buhsan : beruk tu boleh curi handset. jaga-jaga.

10:44 PM  
Anonymous Anonymous said...

What a great site »

9:48 AM  
Anonymous Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP state farm home insurance Www toons porn com orgy alex oklahoma aston martin cars for sale Jennair kitchen appliances Costco pharmacy mg nexium classic chevrolet impala seat covers auto alarm legend ford adderal vs concerta direct insurance travel travel Fire alarm pull station trim plate Colored contact lenses crazy kenwwod car audio dvd Installing a second hard drive guide Onderdelen remschijven fiat croma buy nexium state farm health insurance utah

6:45 AM  

Post a Comment

<< Home