Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Saturday, January 28, 2006

A clip



I believe
That although you are gone
This cannot be the end, can it?
I believe
That your journey back to me
Is just delayed, isn't it?
I remember so well that I hurt myself
As I cry
I hope you dont cry as I do
I hope you wont cry as you leave
I know you will return someday
Because I believe
I will wait for you, just you

I believe
You should not cry
When you think about my pain
I believe
My tears will bring you back to me
My eyes cannot forget
That it is you who make them cry
I hope you dont cry as I do
I hope you wont cry as you leave

I know you will return someday
Because I believe
I will wait for you, just you
My tears will bring you back to me
My eyes cannot forget
That it is you who make them cry
Before I met you
The world was not so beautiful
Beneath the same sky
All alone I cry
But I will wait here
Just for you
Even if waiting is hopeless
Its already enough
To think of love
Time means nothing to me
I will wait for you, just you
Just you

p/s : tgh rilex la ni :)

CNY is Chinese New Year.

Dimana-mana pun jumpa limau mandarin. Harga sekotak RM 9.90 di tempat aku. Di tempat lain aku tatau. Aku menunggu limau free, masih menunggu apek kedai motor menghantar sekotak dua. Orang kata makanan free ni lebih sedap dari dibeli. Seperti rokok juga. Lebih terasa nikmatnya bila menghembus asap yg berkepul-kepul. (menceritakan pengalaman sebagai perokok, berhentilah merokok rakan rakan HE HE HE).

Oh yer, aku terlupa. Kedai apek tu hangus dijilat api 3 bulan lepas. Melepas aku limau mandarin percuma. Malam ni aku cuba beli sekotak untuk sama-sama menghayati Tahun Hanjeng. Jgn lupa Maal Hijrah pun hampir tiba.

Rakan-rakan sejenis (yakni jantan semuanya) beria-ia ajak nonton wayang.

Wan : Ko nak tgk wayang tak?
Aku : Wayang? apa cerita? Nak tgk kat mana? Bkt Raja
Wan : Baik Punya Cilok or Buli Balik. Tgk kat Sunway Pyramid kut.
Aku : Baik Punya Cilok dah habis la, aku pun tak sempat tgk.
Wan : Tak kisahlah apa-apa, ko nak tgk tak? aku nak pergi ngan Ahsan, lepas tu Bak ada.
Aku : Fahmi tak ikut?
Wan : Tatau.
Aku : Aku pakai sandal je ni, mana bes (walau sandal ni baru beli semalam).
Wan : Apa salah pulak, tak pun ko pakai kasut Zul.
Aku : Takmolah.Ko gi je la.
(Mesti kasut tu busuk gila. Mana pernah aku nak pakai kasut orang ni.)

Manakala dalam hati aku pula meluap-luap hendak menatap buku di MPH di Midvalley or Subang Parade. Gi mana sih ? Mengikut maklumat, ada MPH baru di The Curve, bersebelahan IKEA Damansara. Jauh pun tidak seberapa dengan rumah. Hanya 40 minit perjalanan memandu dan 25 minit menunggang (jika tiada road block sempena cuti perayaan).

Makan-makan, pusing-pusing Penang yer.

Friday, January 20, 2006

Half Time

Tergelak tgk American Idol di tv, walaupun tak elok menggelakkan orang sebenarnya.

Saya akan berehat buat beberapa ketika.

* Di masa hadapan, aku tidak mahu kau berasa sukar keranaku ..

Monday, January 16, 2006

BODOH LA!

Baca paper, tgk tv..tgk sana sini..

Kekadang bengang memikirkan undang-undang Islam berkaitan wanita yang hangat dibincangkan. Terlalu banyak pemberi teori dan membuktikan rakyat Malaysia kini hanya pandai bercakap dan tiada tindakan. Ibarat ramai pembuat kertas cadangan tapi tiada perlaksanaan. Apa menteri wanita nak sebenarnya? Apa la anak bekas PM nak lagi ? Mencadangkan mengkaji hak-hak wanita Islam ngan bukan Islam? Alahai, sah-sah Islam menggariskan panduan tertentu untuk umatnya, manakala agama lain pasti berbeza caranya. Minyak ngan air takkan boleh bersama.

Balik ikut hukum Islam sebenar je la. Inilah akibat membelakangkan ahli agama terutamanya Mufti-mufti. Mintaklah pendapat Prof. Dr Harun Din, Ustaz Harussani Zakaria dan ramai lagi. Ketepikan warna-warna bendera parti. Mati tak salut bendera dacing or bulan dek oii.

Lagi satu, dalam paper utusan kata pelajar tertekan belajar 70 jam seminggu. Hak ala..dulu bebudak kayuh basikal pergi sekolah rendah, balik then petang tu gi sekolah agama naik basikal sejauh 10km. Takde apa pun. Takde tekanan langsung. Biarlah pagi lengkap ngan ilmu dunia, petang lengkap ngan ilmu agama. Bebudak la tak pernah kenal erti penat. Mereka ada semangat. Lainla kita yang dewasa. Penat memanjang.

Then, saya tak bersetuju juga tentang guru mintak cuti tetap Sabtu dan Ahad. Guru dah memang banyak cuti. Budak cuti sekolah pun boleh disifatkan sebagai cuti sang guru. Jika dikatakan guru mengalami stress, semua kerja ada stress. Lawyer, doktor malah tukang basuh ada stress sendiri. Jika dilaksanakan, rugi anak bangsa.

Lepas ni bomba, polis, pilot dan lain-lain boleh la mintak cuti Sabtu Ahad. MANUSIA PANDAI KINI SEMAKIN TENGGELAM PUNCA.

Friday, January 13, 2006

Langit belum merah.

Bangun agak lewat hari ini. Kerana aku kesedapan tidur di atas tilam tebal itu. Dan dia pula ada pesta makanan di dapur bersama rakan-rakan sepicagari. Tidak mengapa, kerana langit belum merah lagi. Sempat semuanya.

Air teh, roti bakar dan video ini (oleh dia) menjadi serapanku pagi ini. Soundtrack drama Korea, Stairway To Heaven, dinyanyikan oleh
Kim Bum Soo Sang. Lagu ini sesuai untuk orang yang mengaku dirinya rock seperti aku dan Mr Gij0e (hehe!).

"air boleh mengukir batu yang keras"


Sunday, January 08, 2006

Suatu hari di Bulan Januari

"Tiada kaitan samada yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia."

Chapter 1.



Langit kian suram. Sinar matahari tidak kelihatan (mungkin hampir tiada) . Sudah seminggu dalam keadaan berbasah-basahan. Hujan turun hampir setiap detik. Membasahi setiap pelusuk tanah dan tanih. Menenggelamkan tanah-tanah rendah dan juga set televisyen yang dilengkapi oleh satelit ASTRO di negeri pantai Timur dah Utara.

Hujan rahmat atau satu peringatan?

Kanak-kanak masih keriangan bermain. Bisingnya mengalahkan orang berniaga pasar. Dia hanya memerhati lagak-lagak Ronaldinho dan Ronaldo menendang bola. Bola getah yang harganya tidak seberapa itu disepak terkena batang pokok nangka di sebelah sana. Pokok nangka itu telah hidup terlalu lama. Hampir 20 tahun jika tidak silap perkiraan. Nangka yang banyak berjasa, sumber lauk bagi jiran-jiran yang tau masak gulai nangka. Manakala yang tidak tahu resepi, hanya makan sahaja. Itupun jika ada kenduri kendara di kawasan ini. Jika tidak kempunan makan gulai berwarna kuning itu.


Pada saat ini dia memikirkan sesuatu yang kerap difikirkan seharian. Jiwanya agak runsing memikirkan seseorang. Seseorang yang kerap dinantikan sehari hari. Nama yang sentiasa dibelek pada handsetnya dan kerap dibaca sms wanita itu. Pendek kata, wanita itu seorang yang bertakhta. Dia tahu Aikha (gelaran wanita itu) bukan singgah sebentar. Dia akan menetap lama dalam hati. Dia tidak sangka akan begini jadinya. Perkenalan dengan beberapa topik yang tidak penting menjadi titik permulaan hubungan itu. Dia tidak boleh kehilangan Aikha sekarang . Juga masa depan. Memang tidak boleh. Dia makin murung.

Tapi masa terlalu kejam. Tidak bolehkah masa menunggu? Tidak bolehkah masa berhenti untuk dia membuat beberapa keputusan lain yang penting juga. Dia mengaku tidak dapat mengejar masa yang riaknya berlari mengalahkan kelajuan cahaya. Dia tidak minta kembali ke zaman yang lepas supaya dapat memperbaiki kesilapan lalu. Cumadia berharap masa akan lebih berasa ehsan terhadap dirinya. Melakukan perkara yang menjadi impiannya sejak dulu.Dia mengeluh sendirian di atas bangku taman itu. Keluhnya panjang , dan mungkin panjang lagi esok.

"Wanita bukan seorang saja" ujar Haris semasa bermain chess kelmarin.

"Yer, bukan seorang, tapi tidak sama. Dia lain Ris " getus aku.

"Masakan kau tidak memandang yang lain. Aku tidak percaya"

"Kau tidak mengerti Ris. Dulu kau mabuk bercinta dengan Lina, sedikit cakap aku pun ko tak dengar. Dah putus baru macam lepas koma, baru sedar semua" ejekku.

Harris ketawa besar. Dia akui kebodohannya dulu. Terlalu sukakan Lina walaupun rakan-rakannya menentang secara senyap-senyap.Pada mulanya semuanya berlancar lancar, hinggalah pada satu hari dia ternampak Lina menghantar surat pada seseorang lelaki. Dan dari situ semuanya terbongkar.

"Aku dah kata, dia pasang spare tyre. Ko ingat perempuan sekarang tak pandai ke. Senyap bukan maksudnya jujur. Sekarang apa pun boleh jadi" ujar Zikri semasa Haris bermurung di atas motor burukknya. Zikri lebih mengerti perangai Lina kerana mereka sekelas.

Perbualan terhenti kerana penulis nak makan. Lapar siut. Korang tak lapar ke ni ? hahahaha. Dah la serapan sket je tadi walau satu pagi menunggu kat dapur. Makan dulu hehehe. Chapter 2 ntah bila2 la sambung. Kena refresh otak utk masa-masa lapang ni. Otak tak guna nanti berkarat. Amma..makan dulu..paidayappa...

Tuesday, January 03, 2006

2006

Happy New Year 2006! Fun for celebration, but not for me. Plus +1 on age. Tak suker hehe!.Wish byk, tapi semuanya maybe tahun 2007 punya agenda. To be or not to be. Bimbang melanda-landa..

Lutut still sakit kerana bermain bola semalam. Berlaga sket-sket ngan pemain Budiman FC. Walaupun Cherakah Jaya kalah 1-0, tapi masih boleh dibanggakan kerana majoriti player adalah PANCIT ! Berbanding ngan player lawan yang rata-rata bermain setiap hari. Kitorang ni kira hebat la ha ha ha.

Apa nak buat hari ni? Pepetang baru mengadap pc, invisible je kat YM. Takde mood sgt nak menonjolkan diri sbb ada kerja yang perlu diselesaikan. Ingat nak ke KL pagi tadi, tapi tangguh atas sbb2 yg tak dapat dielakkan. Esoklah kut. Malam ni ada program di Kompleks Belia Shah Alam. Kena pakai baju batik!

* (hp abis bateri ar, anyway price for w900i is RM 23++ )