Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Monday, November 28, 2005

Kelate Trip

Dapat pc ni terus buka friendster, managerzone, soccerner, orang tu punya gambar hehe dan lain-lain web yang pastinya rating bukan 18-SG dan 18-SX. Hajat di hati nak chat, tapi dia dapat bleep plak hehe.

Just back from Kelate pagi tadi . Perjalanan pergi ambil masa 12 jam. Balik pun sama. Lama tak? Bak kata-kata ahli majlis bas WFH, kita ni buat rombongan keluarga, buat apa nak cepat-cepat haha. Siut je brader-brader yang dah kawin tapi perangai sorang-sorang cam orang muda . Mengambil sedikit kata ADUN Sementa semasa penamaan calon Pengkalan Pasir, "nampak tak bas SKMK? itu maksudnya Sampai Kelate Mesti Kawin".Tergelak budak-budak bujang area Sementa yang sibuk menjeling wanita-wanita berkain dan bertudung merah jambu (Puteri UMNO la tuu..).

Sampai Kota Bharu, menginap di Mohanis's Inn. Tak perasan mana satu lokasi Mohanis's In ni, but dekat ngan bulatan ada menara jam. Sampai pun pukul 9.00 malam, so tak alert area sekeliling. Malam tu mencari nasi (perut melayu), tapi banyak kedai makan dah tutup. Jalan-jalan terjumpa satu port kedai makan boleh dikatakan banyak pilihan (Ami mengingatkan aku tentang makanan Kelantan yang manis). Ada 3 kedai di depan mata. Restaurant Wan, Yellow apa ntah dan lagi satu kedai tak bernama. So decide pergi ke kedai makan tak bernama. Makanan sedap, semuanya boleh tahan (walau puak lain kata takleh makan, rasa makanannya pelik). Tapi harga makanan mahalllllllllll! 2 orang Rm 14.00. Sebab aku orang Selangor ke? hehe. Takpela, asal perut berisi dah kenyang. Lepas tu balik terus motel dan tidur (walau tidur malam diganggu dengan satu kereta yg pakai ekzos buluh!, tak sedap betul bunyi).

Pagi Ahad bangun awal pukul 6.00 pagi, then siap-siap walau orang lain masih lena diulit aircond dan selimut yg tebal. Aku tidur bawah je, sbb bilik tu ada katil 2 dan satu tilam spare. Brader-brader kasi tidur atas katil la. Aku bujang tidur bawah pun takpe. Tapi aku perasan satu pagi tu, bar bateri nak habis. Terkinja-kinja nak meminjam charger dari bilik sebelah. Sib baik ada walau cas 1/2 jam. Then poyo nak turun serapan , tapi kedai makan tak buka lagi. Last-last ahli majlis hanya berserapan nasi bungkus pada pukul 10.30 pagi, di bawah panas terik dan disaksikan oleh pelakon Pak Uda & Osman Kering.

Balik sempat ke Rantau Panjang. Agenda yg tak masuk dalam list. Beli toto, keropok cam ikan parang, tuala mandi , patung bear kecil kiut 2 ketul (sapa aku nak kasi ni? beli sbb murah), dan teko yg ada penapis teh & kopi. Then beredar dalam 2.30 petang sambil ahli-ahli majlis WFH melambai-lambai pada makcik-makcik keropok tanda selamat tinggal.

Pulang melalui jalan yg berbeza, melalui Jeli & Gerik. Tidak seperti pada perginya melalui kg Siti Nurhaliza. Melalui jalan yang berliku, penuh hutan, sejuk, naik bukit turun bukit. Then singgah di satu persinggahan di daerah Gerik kerana ahli-ahli majlis menjerit kelaparan dan mahu terkucil. Aku pun lapar, tapi kedai tu ada lauk sardin & telur goreng je. Harga RM 4.20. Mahal (patut taukey kedai tu pakai Merc C200). Dah lapar telan je la. Selepas itu teruskan perjalanan melalui Hutan Belum yang mempunyai pemandangan yang menarik, kerana melalui Puncak Titiwangsa. Puncak-pucak bukit dilitupi kabus dan tidak ubah seperti filem Lords of The Rings.

Bas rosak di Ulu Bernam pukul 2 pagi. Tali kipas putus. Terpaksa menunggu 2 jam untuk menaiki bas yang bes didatangkan khas dari Klang. Pukul 6 baru ler jumpa bantal busuk di rumah, serta pc yg kurindukan..

Tu le story aku yg berterabur dari aku sepanjang 2 3 hari ni yang mengubah persepsi aku tentang Kelantan. Bes hidup kat Kota Bharu tu, tenang je rasanya... lagi satu, mana de banjirr.

Friday, November 25, 2005

Miss me?

Do you miss me?
Arent you?
Will you?

I miss youuu!

Wednesday, November 23, 2005

Line yg down & keyboard yang bes.

Internet down hari ni. Tidak dapat dipastikan samada line drop atau tak bayar bil haha. But rasanya baru je bayar hari tu. Esok pagi cek kat Telekom. Internet menjadi satu makanan harian, seperti makan cekodok di pagi hari sambil cicah sambil tumis. Disertakan sekali air teh (sbb mocha dah habis) Jika tiada, seksa-seksa. Rasa ada je yang tak complete. Tgh kerja pun jeling-jeling modem tu. Ada reason lagi satu... sbb nak jumpa orang tu hehe.. ngan main ManagerZone.

Sedap keyboard Coffeenet ni. Best je menaip. Boleh pinjam . Ada sesiapa ingat Coffeenet?

(Siksanya hidup tanpa talian internet ..)

Esok malam ada kenduri kat rumah yang dipanggil oleh orang-orang sini sebagai berkampung. Sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan adik perempuan yang bakal diadakan pada 4/12 nanti. Sibuk untuk 3 minggu, sbb 10/12 kena gi Kedah. Yes, sawah-sawah! (orang Selangor yang jakun tgk sawah menghijau). 26/11 ni kena pergi Kelantan. Ada kerja sket. Tak dapat nak hadiri Majlis kahwin Lisa (im so sorry Lisa, anyway nice card), Rumah terbuka tokey Petronas Pekan Meru, Majlis Alumni SMTSSB. Tak dapat juga nak menghantar Jenglot (nama glamer Jemal) ke Pahang untuk majlis bernikah. Semua program minggu ni.

Jemputan kawin Lisa : http://specialinvitation.blogspot.com/
Sapa-sapa yang kena secara dekat boleh datang.

(Mmg seksa.. betulla.. Bagaimana agaknya *anda* menghadapi hari-hari tanpa extender yang bagus ?)

Dialog 8.30 malam :

Burhan : Abang Sah, bukak TV 2 la ..
Danial : Nanti pukul 10 bukak TV3 tau.. nak tgk Puteri
Burhan : Ala, nak tgk cerita lain la.. macam Puteri tu makwe dia..

Adik-adik aku ni selalu berebut pasal channel tv. Aku je la mengalah..
chasychazz: tv2 spiderman le...
Patutlerr..Spidermann kat TV2 rupanyaaa...

*Wallpaper dah siap :) Lawa, i love it. But still not decide which song more suitable with. Erm, Once Dewa-Dealova? Arjuna - Aku Mendengarmu, or Here By Me? Diriku tak akan berpaling... darimu untuk selamanya..Jiwang? taklah..normal je. Samy Vellu pun dulu gi taman bunga apa :P

Monday, November 21, 2005

Gloomy

Go with simple template. Turn others if i find attractive one. Frustration around. Cant put right code for chatbox. Grr..anyone, can help me?

Found this on someone site :P. Suka-suka nak jawab, for fun.

1. What is the best nickname that u ever had?
- JealousGuy

2. Do you think suicide is the best way?
- hehe no ler.

3. Rate your social life from scale 1 to10.-
- 5/10

4. Are you in love with someone at the moment?
- er yes

5. Are you missing someone at the moment?
- nak misscall bgn tidur tapi hp dia engaged :P

6. Would you die for the one you love?
- for the right person, YES

7. Do you think love hurts?
- sometimes

8. Whats the best thing about love?
- tatau

9. Whats the worst thing about love?
main kayu tiga

10. Will you wait for someone you love?
for the right person, YES ler

11. What song that best describes your lovelife at the moment?
- Arjuna , aku mendengarmu

12. Do you wanna get married?
- amma

13. Theres no question ! hehe

14. Have you talked to the person you love in the last 24 hours?
- ye saya.

15. Do you keep memories ortry to forget them?
- forget. i dont rely on bersandar pada kenangan. hate that song kehkeh.

16. Does love always on your side or theopposite way?
- not very sure at the moment.

17.Do you have a gay/lesbian/bisexual
- hehe no.

18. Are you sick of love?
- no lah

19. Are you sick of questions on love?
- yes, boring sometimes.

20. What are you going to do today/tomorrow?
- work and visit jenazah villagers.

21. What do u want so bad right now?
- bunch of money

22. Do you think money is everything?
- sometimes. but for now.. YESSSSSs!

23. What song are you listening right now?
- Mozart - Menuetto (Allegretto)

24. Whats the song that u last download?
- Zach Ubu - Rahsia Luna

25. How much do you love music?
- beribu-ribu lemon

26. Do you play an instrument?
- guitar (sometimes)

27. Have you writen your own song?
- i write poem.

28. What movie did you last watch?
My Wife Is A Gangster 2

29. Do you believe in forever?
- Aha yes. life after death

30. Whats the last word you want to say to your loved ones?
- Marry me huhuh.

Pemuda maut jatuh katil

SINGAPURA: Seorang remaja China berusia 16 tahun yang menuntut di Singapura menemui ajal apabila terjatuh dari bilik asramanya selepas melompat di atas katil sambil memetik gitar, lapor akhbar Sunday Times.

Li Xiao Meng, pelajar lelaki sekolah persendirian daripada Beijing berada bersama-sama rakan sebiliknya, Wang Bing Yi, 16, di bilik mereka di tingkat tiga malam Khamis lalu ketika insiden berlaku.Katil Li terletak berhampiran tingkat yang terbuka.“Kami berada di dalam bilik dan dia memetik gitar. Dia terlalu seronok dan mula melompat di atas katil sambil terus memetik gitar.“Saya berpaling sekejap dan kemudian mendengar bunyi hentaman kuat dan dia tidak ada lagi di atas katil,” Wang dipetik sebagai berkata. Polis Singapura menganggap insiden itu sebagai ‘kematian luar biasa’ yang memerlukan siasatan lanjut dibuat tetapi seorang lagi rakan mangsa berkata dia selalu melompat di atas katil sambil memetik gitar, menurut laporan.Mayatnya dibakar dan abu mayatnya dibawa balik oleh ibu bapanya.Singapura popular sebagai pusat pendidikan luar negara di kalangan remaja China. Pelajar yang bijak ditawarkan biasiswa atau kerakyatan oleh republik itu yang 76 peratus daripada penduduknya berketurunan China. —AFP

adadia :- main gitar elok-elok tak boleh ker? nak tips menjadi guitarist terkemuka boleh hubungi En. Azizol.

Thursday, November 17, 2005

Suatu Puisi Malam

MALAM I

Tidur malamku tidak lena ..
Kenapa?
Adakah kerna Dia?
Atau kerna kerja?

Mimpi bukanlah suatu yang nyata ..
Tidak pasti untuk dihayati ..
Cepat datang dan cepat pergi ..

Janganlah Dia juga begitu ..
Jangan ..
Aku bimbang ..

Tidurlah mata layuku ..
Moga esok membawa sinar baru ..
Tidurlah ...

adadia 17Nov2005 11.56 pm

Tuesday, November 15, 2005

Drama Identiti : Kalau Itu Takdirnya

Terfikir pula nak menulis pasal benda ni walaupun takde sangkut paut dalam life seharian ..

Kebelakangan ini, hari hari selepas Maghrib melekat depan tv . Melihat sebuah drama emosi (bagi orang perempuan) slot Identiti yg diulangbalik tayangan di TV3 bertajuk "Kalau Itu Takdirnya". Lakonan berkesan dari Ahmad Idham dan Eja (Jgn kembang Sub). Ditambah pula dengan lagu tema yg agak frust (bukan utk saya) dari Siti Sarah - Saat Hilang Cintamu, menambah lagi luka-luka dari kalangan wanita dan mungkin juga kaum lelaki yg lemah gemalai seperti Sultan iklan Bernas (silap pilih Sultan la iklan ni). Drama ini telah mencecah rating 2 juta penonton!

Bermula drama ini dengan Zahar (Ahmad Idham) berkahwin dengan Hanim (Eja) walaupun mendapat tentangan dari ibu Zahar (Mungkin ibu Zahar tidak berapa menyukai Hanim kerana Hanim mempunya rupa paras yg lawa, yg mana tidak dikecapi oleh ibu Zahar pada zaman pop yeh yeh). Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Intan (watak tambahan je ni). Kemudian, Zahar telah melanjutkan pelajaran ke sebuah IPT yg tidak diberi nama. Di sini, Zahar telah bertemu dgn Cik Norma yang dilakonkan oleh Rina Khan (bukan Norakhma ye, tgk betul-betul) , seorang lecturer yang telah bertunang dengan Hani Mohsin (lupa nama watak). Maka bermula episod menanam tebu di bibir antara Zahar dan Cik Norma dan kemudian mereka telah berkahwin tanpa pengetahun Hanim. Kemudian Norma dah Hanim telah mendapat tahu bahawa mereka telah bermadu (Hasil dari penyibuk Lili lakonan Sabrina Khan apa ek) dan mereka menyalahkan Zahar atas perkara yg telah berlaku. Bermulalah episod rajuk dan luka pilu menghiris kalbu.

Saja nak buat review drama ni. Bukan ada apa-apa maksud. Disertakan sekali lagu tema cerita tersebut, dari Siti Sarah.

* Saranan saya pada Kementerian yg handle drama tv ni (bukan merujuk kepada drama di atas), siarkan drama berbentuk positif sedikit. Ubah la stereotype drama laki pukul isteri, laki kaki judi, laki maki isteri dan drama masalah rumahtangga sbb drama-drama berunsur begini selalu ditayangkan pada waktu petang dan ditonton oleh kaum-kaum ibu. Jadi sedikit sebanyak telah merosakkan fikiran kaum-kaum wanita ini dimana mereka berkemungkinan boleh berfikiran negatif terhadap suami-suami mereka. Tayangkan drama-drama yang membina rumahtangga dan mempamerkan kebahagiaan serta jalan-jalan untuk mengecapi bahagia. Masanya untuk berubah.

* Internet itu tiada dan menjarakkan, mereka minum teh bersama dan weeda telah merampas kebahagiaanku kekeke!(takdelah gurau je, jaga dia baik-baik ar Weeda ahakss :) .. )

Monday, November 14, 2005

there is sunshine after the rain.

aku ini selalu saja
tenggelam dalam emosi
dadaku pun kerap bergelora
dan kenyataan bagaikan mimpi

setelah berhempas pulas
fikiranku mulai tenang
lantas aku kembali cergas
ku tarik nafas yang panjang



dunia ini bukan untuk bermimpi
juga bukan hanya untuk bercinta
pancaroba juga saling berganti
aku perlu rajin berusaha
agar anak dan isteri
nusa dan bangsa
semakin hari semakin berjaya

aku bangun memikul beban
terkumpul di masa hidup
dan terus melangkah ke hadapan
beban pun pasti semakin lebur.

*Sohaimi Mior Hassan - Suatu Aku Yang Terlena

Saturday, November 12, 2005

Lagu Malam

Sogerk & lot of friends came on my litle open house. Sorry no pic because i am fotogedik.

I have idea tonight (graphic), but really tired. Feeling sick with this. Sleep for 45 minutes, then wake for this testi. Sleep wake sleep wake sleep wakee...

"hijau warna sabar..
menanti dengan setia ..
putih warna suci ..
sesuci hatimu kasih ..
kuning warna sakti ..
meresap dalam rohani ..
biru warna rindu ..
asmara apa warnamu ...?"
kredit to Art Fazil - Warna Asmara.

Friday, November 11, 2005

Soalan Cepu Emas

1. Your name plus "o" ?
Shaho

2. Two feelings at the moment ?
Bored & uncomfort

3. What are you listening to right now?
Suara makcik2 yang datang raya ni bergurau senda

4. A part of a song lyric that's in your mind rightnow ?
Never saw blue like that before..across the sky..around the world

5. Describe where you are right now ?
In small room..on blue chair

6. What is your highlight of the week ?
Esok ada majlis di rumah utk rakan2 lelaki.

7. What are you craving to have right now ?
Digital camera

8. Any unforgettable childhood memory ?
Went to Muzium Negara with Abah & cousin

9. A not-so-good childhood memory?
Kena rotan sbb balik lambat main bola.

10. What are your nicknames??
miguelotami, JealousGuy, adadia..err..red dot dot.

11. Your plans for tomorrow ?
Buy mocha at Giant Shah Alam

12. Your two plans for today??
Tulis nama atas kad kawin dan siapkan resit UMNO.

13. Are you thinking of someone right now ?
Heh, lagi mau tanya ka sapa

14. Do you party ?
no..

15. Do you like twins ?
Ada twin kat tmpt aku ni, tak bes perangai.

16. Fill in the blank "I am .."
the hoperrrrsss!

17. Say something in ten words to the person who sent you this
Umcak!

18. Say anything you like to whoever is reading your answer.
Sapa dah baca tu silaaa buat pasni he he

19. Are you feeling hungry ?
Baru je lepas makan

20. Who do you miss rite now ?
Honestly..the one without net at the moment.

21. Last friend you saw online ?
Petang tadi Gijoe.

22. Are you in love?
sapa la yang sudi :p

23. What do you like about night time?
Listening song

24. If you were in a farm, what do you want to see?
Horse (eh sama lak jawapan).

25. Last person who gave a testimonial to you ?
Lily

26. Did you like it ?
i feel ok.

27. Do you play an instrument ? What instrument?
Sometimes playing guitar with uknown code.

28. What song did u last hear ?
Just - Bo Nael Soo Uhb Neun Sarang

Thursday, November 10, 2005

I want mocha ! mochaa ! mochaa!

Found something tonight..



Forbes.com will collect thousands of letters that their readers have written to themselves. And they will deliver them up to 20 years later. Preserving a physical time capsule is simple: just shove it in the dirt and forget about it. But the process gets a lot more complicated when you're trying to store something digitally. Simply scheduling an e-mail for future delivery is pretty easy--just a matter of writing it and setting a send date in the future. Some e-mail clients will do it for you, and small Web sites like
futureme.org will take over the task as well. But once your message is written and waiting to be sent, all kinds of things can happen to prevent delivery, particularly if you're going to be waiting for decades.

Try la.. :).

Wednesday, November 09, 2005

Mari Cakap Jawa


Borak-borak dalam bahasa jawa dengan Aminul, rakan sekolah menengah. Hensem orangnya, seorang lab technician di salah sebuah kilang air terkemuka..gadis-gadis mau berkenalan? sila msg YM ID beliau : chasychazz ..haha

chasychazz: oit!!
redjacket**: oii
redjacket**: heh
chasychazz: ketemu mene
chasychazz: kayom da stat keje ke?
chasychazz: kayon
redjacket**: wess..
redjacket**: royo telo..wes kerjo..
chasychazz: o koyo tu
redjacket**: embohla..
redjacket**: harap2
redjacket**: hahha
chasychazz: kue orak kerjo ko?
redjacket**: malam..kerjo opooo..haha
chasychazz: o koyo tu
redjacket**: turu lagi penakk
redjacket**: haha
chasychazz: yo eyok..
redjacket**: hahaha..
redjacket**: cewek..nangdi..
redjacket**: enek cewek po orakk
chasychazz: urung entok..
chasychazz: entes online
redjacket**: hehe..
redjacket**: kuwe wes sampek limit..
chasychazz: opo iyok
redjacket**: bapakmu jalok menantu
redjacket**: haha
chasychazz: wakaka
chasychazz: orak la..
redjacket**: "aminul..mambang ne akeh temen..tapi mbohla..
redjacket**: ekek
redjacket**: jarak ee ngan wong dot dot..
chasychazz: ngomong jowo yo saiki
redjacket**: ngerti la sitik2..
redjacket**: pekerja ne wes wong indon
chasychazz: yo kepenak
redjacket**: orak reti ngomong..ye goblok..
chasychazz: yo goblok koyo endok
redjacket**: hahaha..
chasychazz: wakaka
redjacket**: ndok mbahmuu
redjacket**: haha
chasychazz: wakaka

Faham? hhihihi.

Statement bukan ilmu.

Boring ker? Boring kut, rasa cam lost something. Apa yg lost ni ?

Test gutter hari ni, nak kesan leaking. Semalam petang tertunduk-tunduk, terkinja-kinja atas bumbung melihat kebocoran.

WAH GILER BORING ! PROJECT TAK LAMA LAGI START ! 2 TAHUN AKU AWAY LA DARI BIDANG INTERNET KALAU DAH START ! SLOW BETUL ARKITEK !

Sunday, November 06, 2005

Raya Lagi..

Today last raya kut, lepas ni banyak jemputan kahwin. Member2 datang umah beraya sambil scan card kawin nak buat homepage, untuk jemputan yg jauh di mata. Ada 5 jemputan pada tarikh yang sama bulan 11 ni. Selamat kembali bekerja semua.

Saturday, November 05, 2005

Raya ke 3

Im starting work today :) . Doing lots of graphic and planning for next week. Senyum sokmo !


Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman
Senyuman...
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah... ...
Hati yang gundah terasa tenang
Bila melihat senyum diri kan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah
Itulah sedekah paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyum... ...
Senyumlah kita
Senyumlah... ...
Senyumlah penawar duka
Senyumlah penyejuk hati

"Raihan- Senyum"

Friday, November 04, 2005

White Valentine

Finally.. Dolton team is backk! yuhuuu!

Raya ke-2, tatau mana arah dituju. Belum planning nak bertandang ke mana. Lagipun hari Jumaat, maybe petang or malam baru fikir. Sementara menunggu Jumaat, melihat movie Korea yg baru dimuaturun dari pc En. Bezerk, called White Valentine ! dan akan menyusul The Uninvited, keduanya lakonan Jeon ji Hyun (awek My Sassy Girl & Windstruck). Bezerk gila bayang :p. Anyway thanks.



Thursday, November 03, 2005

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Happy Eid everyone ! harap semua bergembira di hari raya ni, semoga hidup dirahmati Allah. Sempena raya ni., saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap bicara. Mungkin ada terhiris di hati, dah terguris di pipi HEHE. Sepuluh jari hamba susun..moga maaf diterima hendaknya.

Apa yg menggembirakan hari ini?

Dia memakai tudung baru.
Dan kad raya juga sampai pada Hari Raya pertama !
Tidak terkata.

Apa yg tak bes hari ni?

1)Perut start dah.
2) Hampir disaman polis kerana langgar lampu isyarat.
Last-last polis muda itu berkata "takpelah bang, raya ni".
Leganya...