Lelaki itu nampak bingung - kadangkala termenung. Diputarnya pen biru itu beberapa kali. Matanya merenung kertas-kertas tebal putih yang berselerakan di atas mejanya. Tajam. Dadanya juga kelihatan naik menarik nafas yang panjang.
"Perlukan aku mengejar yang ini dan melepaskan yang satu ini? 25 tahun bukan masa yang pendek" tegasnya pada seorang lelaki lain.
"Kau harus hadapi semuanya. Sedarkah kau bahawa sungai juga kekadang mengalir lesu dan sebaliknya" jawab lelaki lain itu. "Tidak perlu aku terangkan lagi kerana kau sendiri pandai berfalsafah berbanding aku!" sambung lelaki lain itu sambil tergelak kecil.
Lelaki itu tersenyum lalu terus diam.
Diam.
Hanya lagu Joget Pahang yang berkumandang.
*25 tahun adalah tempoh bayaran balik rumah yang dibeli (orang kata).
----------------------------------------------
Kosong ;
bila kau tiada ;
duhai Rome.
Cuba-cuba bertanam mumbang, moga-moga tumbuh kelapa ..