Temper
2-3 hari sekali kabel telefon dicuri. Pada masa itu, marah saya menjadi-jadi. Tidak semena-mena saya menjadi ahli sihir, menyumpah pencuri itu menjadi katak.
Apa sebab kejadian ini semakin berleluasa?
Pertama sekali disebabkan harga tembaga itu sendiri. Harga tembaga yang ada di wayar telefon tersebut mencecah RM 13.00 sekilo. Harga besi yang lain saya kurang pasti. Nanti kalau dah dapat tangkap pencuri tu, saya 'interview' baikk punya.
Kedua, kewujudan banyak kedai untuk menjual besi ini. Pepatah Melayu kata tumbuh cam cendawan. Jadi ini memudahkan besi-besi ini dijual secara cepat selain tiada kawalan dari pihak berkuasa. Maka dengan itu, bukan sahaja kabel telefon dicuri. Penutup longkang masjid, penghadang jalan (divider besi) dan pagar rumah juga menjadi sasaran para 'mereka yang rajin membuat duit ini'. Sikit hari lagi, pintu kereta anda akan hilang sebelah angkara mereka ini.
Diberitakan kepada saya oleh orang lain, tauke kedai besi ini boleh mendapat RM300,000 sebulan.