Perpisahan
ku mengerti
perpisahan ini
bukan kerana kau membenci
tapi kasih
yang pernah kuberi
tiada lagi bersama
seringkala aku
terlihat kamu
impian yang indah
bersulam bahagia
ku harungi
hari demi hari
bersama wajah tak mungkin akan kembali
tapi hati
masih tak terima
ditinggalkan sengsara
keraguan ini
bukanlah padamu
perasaan hati
masih rindu
kekalutan ini
hanyalah untukku
tercari-cari bayanganmu
tak sanggup aku
kehilanganmu..
masih tercari-cari..
keraguan ini
bukanlah padamu
masih tercari-cari bayangmu
tak sanggup aku
kehilangan...mu