Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Thursday, October 27, 2005

Sebuah cerita untuk hari ini.

Bangun pagi agak lewat. 10.00 pagi. Itupun setelah bunyi bising dari En. Jaya (seorang India) yang sedang membetulkan jiran kereta sebelah. Menjenguk ke luar, melihat cuaca. Tidak panas. Redup. Aku suka . Terlihat bonet kereta "burukku" yang berjenis Datsun 120Y telah dibuka.

"Shah, pinjam bateri kereta. Nak hidupkan kereta Wak Masron", ujar En. Jaya sambil tergelak melihat aku seperti makhluk asing agaknya. Aku tersenyum sambil menggosok mata yang masih belum jelas pandangan. Ternampak Jojo memacak kayu bertam untuk dipasang pelita. Pejam celik sudah malam 7 likur.

Kembali ke komputer menjenguk Yahoo Messenger, melihat mesej-mesej yang ditinggalkan oleh rakan-rakan. Banyak mesej, dari orang jauh, orang dekat. Antaranya ..

Nigga5: wah
Nigga5: dah ade web cam
Nigga5: wakaa
Nigga5: 3gp la
Nigga5: ape lagi
Nigga5: hahahahahahaha
Nigga5 has signed out. (27-Oct-05 8:18 AM)

Memacam la ko Fahmi (anak Imam Surau Seksyen 2, Shah Alam) . Boleh la kalau nak berkenalan. Bagus budak ni (promosi sikit).

Kemudian menghantar sms kepada penulis pelan, berkaitan dengan kerja.

Handset berdering.

"Hello, I tak jumpa engineer lagi sbb dia sibuk, i harap dapat kejar dia hari ni bla bla bla bla"
"I tak call bapa you, sbb takut dia marah"
"Dia tak marah kak, dont worry" ujarku dgn nada perlahan (cool gila hari ni).
"Betul ke, apa no lagi satu ayah u".
"019..bla bla"

Letak telefon. Dan terus berebut bilik air dengan adikku.

Setelah mandi, membelek-belek surat khabar Utusan Malaysia yang dihantar oleh Wak Sahar tiap-tiap pagi. Mata terpaku, ada satu cerita menarik. Yang mendamaikan hati pagi. Yang menyegarkan minda yang malas.

Dari Black & Brown Resources Sdn Bhd (sebuah syarikat penerbitan 100% Bumiputera) di Bahagian Agama. Saya ingin berkongsi cerita tersebut dengan anda. Click di SINI.


kasih, bisikkan padaku,
tentang sucinya cintamu
agar padam keraguan ini
buangkan semua risau di hati ..
kasih berjanji padaku,
kau kan setia menunggu,
agar cinta yang telah berbunga,
pasti subur selama-lamanya..

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » »

1:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

Enjoyed a lot! Zocor multiple sclerosis Local moving company online Discount flowers online Personal antispam x3-20 user mac

4:19 AM  

Post a Comment

<< Home