Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Sunday, October 16, 2005

Seminggu ini ..

Seminggu sibuk hingga ke malam. Menambah bilik di rumah. Dan yang paling hardcore melayan makcik kerepek dan pakcik baulu.

"Shah, lampu mana ni ? orang dah start masuk berniaga".

"Eh syarikat ko ada meja tak? Aku nak pakai dalam 20 la camtu". (dialog last minute punya order). &*$&*($&#&(**@@!!!

Macam-macam. Jumpa seribu orang, seribu ragam. Rambut pun dah tak sama hitam, apetah lagi hati. Purata dari 10 orang yg kita jumpa, 2 orang selalunya tak berapa suka pada kita. Kekadang tak suka cara kita berjalan, bercakap, mungkin juga tak suka pada jenis misai yang kita ada.Mungkin jambul 'S' anda seperti Clark Kent, jadi dia benci giler kerana dia juga bercita-cita bercinta degan Louis Lane. Mungkin juga kita pernah "tak dapat menerima" dia. Jadi dia delete kita dari list Friendster (perli ka ? tak kut). Ini berdasarkan fakta kajian yg dibuat oleh abah saya. Jadi buat apa yang kita rasa betul, jgn fikir tentang orang tak suka. Ada 8 orang lagi yg masih sudi menjadi rakan kita.Salah satunya mungkin jadi penyeri hati ada.. bunga-bunga pun berguguran. Be yourself.

Motor rosak, ditemani rintik hujan..

Nak berbuka plak tu. Geram, but lama-lama ok pula. Mungkin dah over geram. Then, cari sesuatu untuk mengisi perut (berbuka) setelah azan berkumandang (azan radio dari lori pakcik baulu).Kebetulan sebelah tu ada pasar minggu. Tapi makanan dah byk sold out. Mata meliar-liar mencari air pula. Ternampak air kegemaran, teh bunga. "Berapa bang? satu? dua?" (dalam hati, satu dah la, perut aku tank Honda kapcai je). Then terpandang satu benda familiar, fishball. Itu je option yg ada, beli la dalam 3 batang. Duduk sorang menghadap Sungai Klang yang permai (permai la sgt, air boleh buat teh susu) sambil berbuka menyedut air dan membedal fishball.

"Time-time camni la teringat babak cerita Korea..makan fishball kat stall . Dan realised, tak best rupanya berseorangan ni (Teringat la juga orang yang disana, jadi ker berbuka dengan pizza yg dibeli di kedai kebab?). Tapi, belum tiba masanya untuk berdua. Byk lagi yg belum selesai.

Gurau :- "Perjuangan AP belum selesai Cek Det."

Realiti :- "Pemilikan tanah sini belum selesai, wakil rakyat perangai separa Yahudi. Macam haram punya mentaliti. Tanah orang tanah dia.Tiada dasar langsung untuk membantu orang Melayu yang rata-ratanya orang Islam.". Dari Said b. Zaid b. Amr bin Nufail r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Siapa yang merampas tanah orang lain dengan cara zalim walau pun hanya sejangkal maka Allah akan mengulanginya kelak di hari kiamat dengan tujuh lapis bumi." - Sahih Muslim.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home