Adadia

"Seorang lelaki biasa yang tetap makan tempe dan ikan masin. Sedang mengurat seorang gadis yang tidak makan bawang"

Sunday, January 20, 2008

Tersedar

Kita jarang mengenal diri sendiri. Kekadang kita sebenarnya terlupa tentang hak-hak kehidupan. Hak kepada diri sendiri, hak-hak terhadap ibu-bapa, adik beradik dan juga hak kepada orang lain.

Dalam beberapa perkara, kepentingan diri selalu dikorbankan. Tidak dinafikan kekadang ada sedikit rengusan di hujung hidung. Namun mem-positifkan diri amat penting pada saat-saat sedemikian. Terpikul beberapa tanggungjawab bukanlah satu beban selamanya, ia mengajar apa yang perlu dalam hidup, apa yang perlu diberi keutamaan dan apa yang perlu didahulukan. Kesemuanya bakal menggambarkan corak-corak kehidupan manusia dan belajar erti kemungkinan.

Hidup perlu berusaha. Mungkin kita telah berusaha sebaik mungkin, tetapi tidak mendapat balasan setimpal. Dari segi dunia, ianya diukur dengan duit. Jika difikirkan dari segi nilai hidup, ia menjadi satu pengalaman dan satu tangkal keazaman yang mungkin tidak dinikmati manusia lain yang TAKUT mencuba.

Hidup sebagai seorang manusia yang berniaga memerlukan motivasi yang tinggi. Tidak kira motivasi dari diri sendiri atau insan tersayang. Di dalam saat-saat kesukaran, seseorang pasti diperlukan berkongsi air mata, berkongsi duka serta cerita. Berbahagialah para isteri yang sentiasa menyokong dan berada di samping suami anda tidak kira senang atau susah.

Selalu berpesan kepada rakan-rakan di waktu kelapangan, "Hidup bukanlah seperti cerita Mexico atau Latin yang mana anda tidak perlu bertungkus lumus untuk bekerja, bercinta 24 jam dengan perempuan seksi, memakai kereta mewah dan perniagan anda sentiasa untung sepanjang hidup ".

Itu bukan kehidupan kita. Itu angan-angan. Itu bekalan harapan palsu pada kaum Hawa yang melekat di muka televisyen pada waktu petang dari Isnin hingga Khamis. Kaum Adam juga tidak terkecuali jika anda perasan hensem seperti watak hero cerita-cerita tersebut.

1 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Ya,ya. Jangan malu mencuba.

"Kegagalan sebenar adalah kegagalan untuk mencuba"

1:39 PM  

Post a Comment

<< Home